DUNIA BARU AKU - Asniza Khalid Asniza Khalid: DUNIA BARU AKU

DUNIA BARU AKU

Jarang-jarang sekali aku nak menulis tentang diri sendiri. Blog pula terbiar sepi. Penat juga kalau bercerita hal dunia yang tidak ada kesudahan. Maka, apa kata aku memulakan kisah pertama kali ini dengan bercerita mengenai diri aku sepanjang persembunyian selama ini. Hehe..

Hari ini, genap sebulan aku memegang jawatan Cik Puan Jim's Recipe di salah sebuah kedai kek tercomel di bandar hutan metropolitan, di Kota Kemuning. Aku dah bekerja di sana hampir 5 bulan bulan. Mengakhiri perjalanan bekerja di Mcdonalds, kemudian di Baker Cottage, kini rezeki aku tercatat di Jim's Recipe pula. 

Tak terfikir pun sebenarnya untuk memutar kerjaya. Siapa sangka aku akan terlibat dengan pelbagai kek yang berwarna warni. Kalau dulu, bergelut dengan pelbagai jenis burger. Haha.. begitulah kehidupan. Hempas datang lagi. 

Dunia baru yang aku maksudkan di sini adalah bila aku ditawarkan untuk mentadbir sebuah kedai. Tanpa pernah aku berharap, usaha keras aku membuahkan hasil. Perubahan yang aku bawa hasil dari cebisan ilmu yang aku kutip ketika di Mcdonalds dulu aku curahkan di sini. Dari sekecil-kecil usaha, akhirnya kedai tersebut berjaya menembusi target jualan.

Terima kasih  di atas ruang dan peluang. 



Tuah ayam nampak di kaki,

Tuah manusia tak siapa yang tahu..

Di saat orang lain bersusah payah mengharungi PKP, mengikat perut demi sesuap nasi, dibuang kerja, gaji separuh bulan dipotong, aku pula ditawarkan kenaikan pangkat dengan gaji yang pada aku cukuplah untuk menyara diri sendiri ni... aku memanjatkan kesyukuran pada Nya. Aku anggap ini adalah rezeki anak-anak.

Dalam usia aku yang menginjak 40 an ni, takde apa lagi yang perlu aku fikirkan selain hal anak-anak. Bahagia mereka, bahagialah aku sebagai mak. Walaupun terlihat kerja aku , kerja yang mudah.. jual kek je pun, tak jugak gais! aku tetap kena merangka marketing supaya sales syarikat konsisten.

Nampak mudah, tapi tak mudah... hahaha. Terpaksa bertegas dengan anak-anak buah, walaupun aku ni bukanlah sejenis manusia yang suka memberi arahan. Aku lebih suka buat dari mengarah orang. Apa yang buat aku rasa bertuah ialah, aku memiliki para staff yang memahami dan memudahkan kerja aku.

Mudah mendengar arahan dan senang untuk bekerjasama di dalam kumpulan. Aku perlu menimba lagi ilmu untuk menjadi seorang ketua yang baik. Perempuan biasanya akan melibatkan emosi ketika bekerja.. haha, normallah sebab aku pun sama. Pengalaman itu mendewasakan. Aku juga banyak belajar dari apa yang aku lihat di sekeliling aku. 

Cukuplah setakat ini cerita aku, nanti aku sambung lagi apa yang kedai aku jual pulak. Sponge cake tersedap di dunia, jeng jeng... sebab kedai kek aku ni, adalah cawangan ke 399 di Malaysia tau. 


No comments:

Post a Comment

Semua komen adalah tertakluk di bawah tanggungjawab anda sendiri. Sebarang bahasa kesat, maki hamun, unsur berbau perkauman dan ugutan akan didelete serta merta. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, link url/link tidak akan disiarkan. Sila tinggalkan komen yang telus dengan fikiran yang waras.

Terima Kasih.

Asniza Khalid ©