MAHU BEBAS DARI HUTANG YANG MENYAKITKAN? - Asniza Khalid Asniza Khalid: MAHU BEBAS DARI HUTANG YANG MENYAKITKAN?

MAHU BEBAS DARI HUTANG YANG MENYAKITKAN?

Apakah pilihan kita dalam kehidupan? Semua terletak pada diri kita sendiri, kita yang menjadikan ia. Sama ada hendak bermegah - megah tanpa menghitung keperluan, hanya mengikut kehendak dan nafsu atau sememangnya ia benar - benar membutuhkan kepentingan dalam hidup. Hanya kita yang tahu. Jika benar kita mampu dengan tangga gaji kita, why not kita berhutang kan? Hahaha..


Hutang ni, kalau kita betul-betul manage , aku rasa takde masalah besar. Tapi, kalau gagal! bersiap sedialah. Takkan nak berhutang sampai meninggal, nak cakap mati kejam sangat. Kalau diberi pilihan berhutang, aku rela memilih hutang membayar rumah atau kereta berbanding dengan berhutang membeli gadjet. Itu aku lah ..

Lagi pula zaman Covid 19 melanda sekarang. Kerja tak berapa nak stabil. On Off lock down pula. Semuanya perlu ditimbang tara sebelum membina hutang. Kalau boleh yang sedia ada, mahu sahaja aku langsaikan segera supaya malamku lena berteman bantal busuk.

Buat anak-anak muda, bijaklah dalam merancang kewangan. Anak - anak muda tolonglah jangan buat hutang banyak-banyak sampaikan korang sendiri demam nak membayarnya.

Salah satunya, hutang gadjet

Hutang makan diri namanya.

Cara membebaskan diri dengan hutang :

STOP  buat hutang baru.

Selesaikan hutang yang ada, jangan ditambah lagi dengan hutang yang baru. Baru 2 tahun habis bayar, mengah pun tak hilang, jangan gatal tambah lagi 2 tahun nak bayar hutang lain. Sampai Abang Jamil mampos pun tak abis. 

Rajinkan diri buat senarai hutang.

Berangan nak pakai iphone pro pro maxxxx ke cik minah? Sedar diri sikit, hutang perabot kau tu ada bertunggak lagi.. Hahahahaha.. tak payah berangan ok. 

Hutang dengan kadar faedah yang tinggi?

Siapa buat tu, bukan kau ke yang bersetuju dengan syarat pemberi hutang. Lain kali sebelum tandatangan apa - apa , pastikan teliti dulu kadar faedah yang dikenakan. Bila dah bersetuju, tolong selesaikan on time sebab, kalau bertunggak, gugur rambut nak bayar bunga - bunga tu nanti. Tacod arr !

Jaga aliran kewangan.

Maksud aku kat sini, dah tahu diri tu berhutang banyak, keliling pinggang, gaji pun cukup untuk alas perut, tolonglah berhenti makan Kenny Roger, Mcd, atau seangkatan dengannya. Makan je la ikut kemampuan. Nasi lemak seringgit Mak Bedah pun sedap juga. Nak makan tak salah, tapi janganlah selalu. Lupa pula hutang itu perlu dibayar ye cik adik. 

Dapat gaji, cepat bayar hutang. 

Haaaa! Ni penting, dapat gaji je, benda pertama kau kena buat adalah langsaikan semua hutang kau. Baru kau tahu, baki tu tinggal berapa nanti.. adakah mahu lagi menambah hutang? Hahaha..

Jangan membeli tanpa keperluan.

Tengok boleh, beli tak payahlah. Perlu ke? Ingat, kalau tak perlu beli, tak payah beli. Simpan duit tu. Untuk kita gunakan masa kita sesak. Jangan semua nak dibeli sampai poket berlubang kosong, belum hujung bulan pinjam member. Aduh, sedih!

Fikir dulu sebelum bertindak, duit habis, hutang tak berbayar. Pedih!

Tambah pendapatan sampingan.

Cubalah cari side income yang lain buat tambah - tambah orang kata. Dapat sikit pun jadilah. Zaman sekarang bukan masanya untuk menambah hutang, tapi zaman untuk mengekalkan paras kewangan supaya terus kukuh kerana kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi kelak.



Ada orang gaji 4 ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas, sebab terbeban hutang. Tapi ada yang gaji 2 ribu dah ada empat buah rumah. Semuanya sebab perancangan kewangan. Jika anda gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna juga. Mentaliti kena mantap dulu.


Jika tak mampu bayar ansuran bulanan yang tinggi, segeralah ke AKPK. Mereka boleh bantu anda menstrukturkan semula hutang tersebut. Contohnya, mereka akan tolong kurangkan tempoh pembayaran balik ansuran menjadi lebih rendah. Ada la duit untuk makan minum semua.


Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.


Sekarang ni hutang tertunggak buatkan anda tak boleh buat pembiayaan perumahan. Tak guna ada rumah murah tapi hutang berlambak. Sebabnya, anda mampu tengok sahaja rumah-rumah tersebut. CCRIS pun teruk. Kena CTOS lagi. Macam mana nak beli rumah? Lepas tu marahkan orang lain beli rumah banyak-banyak.


Padahal anda yang suka berhutang beli benda tak penting. Masa zaman muda gilakan kereta import mewah, tukar sport rim, tukar tempat duduk. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, dan DSLR.


Selepas ini, muhasabah sekejap diri tu. Kalau anda hidup dibelenggu hutang, mulakan langkah untuk mengatasinya. Jangan duduk diam, tak buat apa-apa. Masih belum terlewat untuk memulakan langkah. Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Selepas itu, bila masa nak simpan duit untuk deposit rumahnya?

No comments:

Post a Comment

Semua komen adalah tertakluk di bawah tanggungjawab anda sendiri. Sebarang bahasa kesat, maki hamun, unsur berbau perkauman dan ugutan akan didelete serta merta. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, link url/link tidak akan disiarkan. Sila tinggalkan komen yang telus dengan fikiran yang waras.

Terima Kasih.

Asniza Khalid ©