MALAYSIA KESAN KES PERTAMA MUTASI BERGANDA DARI INDIA - Asniza Khalid Asniza Khalid: MALAYSIA KESAN KES PERTAMA MUTASI BERGANDA DARI INDIA

MALAYSIA KESAN KES PERTAMA MUTASI BERGANDA DARI INDIA

Kalau dulu, kita bolehlah katakan yang kita berjaya menangani isu Covid 19 ni. Tetapi, sejak SOP mula  dilonggarkan, kaum-kaum kayangan mula bergerak ke sana ke sini merentas negeri, para artis mengambil cincai semua perkara, yang menjadi mangsa adalah kita, selaku rakyat yang patuh dan taat setia, akur bagaikan lembu dicucuk hidung, mendengar arahan sampai nak balik lawat mak ayah sakit, meninggal pun payah!

"Kau pun langgar SOP, nak suruh aku pulak follow pulak..."

Tu yang Jalan TAR pun penuh manusia bersesak-sesak. Aku faham, bila kita dah penat jadi setia ni, mulalah kita nak curang, betul tak?

Pada aku, semua ini berbalik pada diri kita juga, macamana kita nak protect diri sendiri dan juga keluarga. Kalau kau cincai, kena covid, apa akan berlaku pada family kau? Itu yang patut kau tanya balik diri kau sendiri ok.

Aku bukan nak cerita pasal tu. Tapi, aku nak cerita pasal mutasi berganda ni haa! Dengar berita tadi, mengatakan Malaysia ada mengesan kes pertama varian Covid 19 dari India dengan mutasi berganda yang dikenali sebagai B.1.617.1 - ntah apa-apalah nombor code dia!

Kata Menteri Kesihatan, mutasi itu dikenalpasti hasil dari analisis keseluruhan jujukan geno, (WGS) yang dijalankan dari sekian tarikh ke sekian tarikh, 

"aku lupa tarikhnya bila..."

Tapi, kes ini direkod melalui kemasukkan seorang warganegara India yang melakukan ujian saringan di KLIA. 

"Yang menjadi persoalan aku, apa yang dibuat manusia tu ke Malaysia ni...? Sekatlah kemasukkan mereka, dah tahukan sana huru hara dengan kes ni! aish.. tak paham aku!"

Pendapat rakyat marhaen seperti aku yang mengharapkan sinar baru di Aidilfitri 2021 ni :

"Mana-mana manusia dari negara yang ada malapetaka, akibat dari kecuaian pemimpin mereka sendiri tolonglah kita sekat. Ada otak kan? Bukan otak  tu digunakan untuk menyaman orang yang nak meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga.. kita sebagai rakyat Malaysia bersatu padu dalam usaha menyahut seruan pihak Kerajaan dalam membanteras kes covid ni, jangan disebabkan kealpaan, kelalaian, kecuaian sendiri kita bakal dibadai tsunami semula dengan Covid 19 yang bermutasi apa ke bendanya ntah! Cari penyakit namanya!"

Kasihan frontliner kita, wad-wad yang menempatkan pesakit kritikal, di ICU tu penuh! Cubalah sesekali intai perkhabaran dari India. Janganlah leka, benda ni kalau dah serang kita atau keluarga kita, masa tu tahulah langit tu warna biru ke tak. Aku pun risau, anak-anak semua aku cutikan sementara dari sekolah. Tak kisahlah, walaupun mereka kata sekolah adalah tempat yang  selamat untuk belajar namun ku rela anak-anak aku stay at home.

Aku ceritakan kepada mereka betapa bahayanya mereka jika di luar sana. Aku perlihatkan video-video tentang bahayanya covid pada manusia secara am. Aku mahu mereka faham inilah wabak yang melanda dunia ketika ini. 

Erm.. akhir kata, please aku nak balik raya...


No comments:

Post a Comment

Semua komen adalah tertakluk di bawah tanggungjawab anda sendiri. Sebarang bahasa kesat, maki hamun, unsur berbau perkauman dan ugutan akan didelete serta merta. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, link url/link tidak akan disiarkan. Sila tinggalkan komen yang telus dengan fikiran yang waras.

Terima Kasih.

Asniza Khalid ©