May 2021 - Asniza Khalid Asniza Khalid: May 2021
ABOUT ME

ABOUT ME


SELAKU PENULIS DAN PEMILIK BLOG : NORHASNIZA BINTI KHALID

Seorang ibu yang lahir pada tahun 1984, mempunyai 3 orang cahayamata perempuan kesemuanya, yang dulu dikenali sebagai mamaniza.com

Minat menulis, dan mula berkecimpung dalam dunia blogging sekitar tahun 2005 dengan hanya sekadar suka-suka. Jika sebelum ini domain blog mamaniza.com hanya berkisar tentang cerita peribadi dan tips kekeluarga serta perjalanan kehidupan, kini ia kembali setelah 6 tahun berehat.

Berdomain baru, atas nama sendiri, asniza.com bakal menulis sesuatu yang lebih matang sesuai dengan perkembangan usia menginjak 40 an. Hidup perlu ada perubahan, dan bukan hanya ditakuk lama.

Penulis bercadang untuk menulis , mengulas tentang isu semasa yang dihadapi global ataupun bercerita tentang sesuatu yang dirasakan sesuai untuk dibaca semua golongan.

Keseluruhan blog adalah dalam Bahasa Melayu. Segala informasi di dalam blog yang dikongsikan oleh penulis sendiri adalah hanya sekadar bertujuan untuk kebaikan bersama. Semoga menjadi manfaat untuk semua pembaca. 

Segala pertanyaan boleh diajukan :

EMAIL : princessikhazulaika@gmail.com
MALAYSIA KESAN KES PERTAMA MUTASI BERGANDA DARI INDIA

MALAYSIA KESAN KES PERTAMA MUTASI BERGANDA DARI INDIA

Kalau dulu, kita bolehlah katakan yang kita berjaya menangani isu Covid 19 ni. Tetapi, sejak SOP mula  dilonggarkan, kaum-kaum kayangan mula bergerak ke sana ke sini merentas negeri, para artis mengambil cincai semua perkara, yang menjadi mangsa adalah kita, selaku rakyat yang patuh dan taat setia, akur bagaikan lembu dicucuk hidung, mendengar arahan sampai nak balik lawat mak ayah sakit, meninggal pun payah!

"Kau pun langgar SOP, nak suruh aku pulak follow pulak..."

Tu yang Jalan TAR pun penuh manusia bersesak-sesak. Aku faham, bila kita dah penat jadi setia ni, mulalah kita nak curang, betul tak?

Pada aku, semua ini berbalik pada diri kita juga, macamana kita nak protect diri sendiri dan juga keluarga. Kalau kau cincai, kena covid, apa akan berlaku pada family kau? Itu yang patut kau tanya balik diri kau sendiri ok.

Aku bukan nak cerita pasal tu. Tapi, aku nak cerita pasal mutasi berganda ni haa! Dengar berita tadi, mengatakan Malaysia ada mengesan kes pertama varian Covid 19 dari India dengan mutasi berganda yang dikenali sebagai B.1.617.1 - ntah apa-apalah nombor code dia!

Kata Menteri Kesihatan, mutasi itu dikenalpasti hasil dari analisis keseluruhan jujukan geno, (WGS) yang dijalankan dari sekian tarikh ke sekian tarikh, 

"aku lupa tarikhnya bila..."

Tapi, kes ini direkod melalui kemasukkan seorang warganegara India yang melakukan ujian saringan di KLIA. 

"Yang menjadi persoalan aku, apa yang dibuat manusia tu ke Malaysia ni...? Sekatlah kemasukkan mereka, dah tahukan sana huru hara dengan kes ni! aish.. tak paham aku!"

Pendapat rakyat marhaen seperti aku yang mengharapkan sinar baru di Aidilfitri 2021 ni :

"Mana-mana manusia dari negara yang ada malapetaka, akibat dari kecuaian pemimpin mereka sendiri tolonglah kita sekat. Ada otak kan? Bukan otak  tu digunakan untuk menyaman orang yang nak meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga.. kita sebagai rakyat Malaysia bersatu padu dalam usaha menyahut seruan pihak Kerajaan dalam membanteras kes covid ni, jangan disebabkan kealpaan, kelalaian, kecuaian sendiri kita bakal dibadai tsunami semula dengan Covid 19 yang bermutasi apa ke bendanya ntah! Cari penyakit namanya!"

Kasihan frontliner kita, wad-wad yang menempatkan pesakit kritikal, di ICU tu penuh! Cubalah sesekali intai perkhabaran dari India. Janganlah leka, benda ni kalau dah serang kita atau keluarga kita, masa tu tahulah langit tu warna biru ke tak. Aku pun risau, anak-anak semua aku cutikan sementara dari sekolah. Tak kisahlah, walaupun mereka kata sekolah adalah tempat yang  selamat untuk belajar namun ku rela anak-anak aku stay at home.

Aku ceritakan kepada mereka betapa bahayanya mereka jika di luar sana. Aku perlihatkan video-video tentang bahayanya covid pada manusia secara am. Aku mahu mereka faham inilah wabak yang melanda dunia ketika ini. 

Erm.. akhir kata, please aku nak balik raya...


JANGAN UMUM PKP IBARAT NAK TERBERAK BARU CARI JAMBAN

JANGAN UMUM PKP IBARAT NAK TERBERAK BARU CARI JAMBAN


PETALING JAYA: Sebarang langkah untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan ketiga (PKP) di Lembah Klang tidak boleh dilakukan pada saat terakhir tanpa prosedur operasi standard (SOP) yang betul, kata wakil DAP Ong Kian Meng.

Sambil mengingatkan kerajaan bahawa 10 juta orang tinggal di Lembah Klang, beliau berkata PKP sangat menyusahkan terutama dari sudut ekonomi, sambil menambah rakyat sudah puas menderita sejak PKP 1.0 dan PKP 2.0. 

Pada pendapat aku selaku warganegara Malaysia, yang turut merasai bahang kehangatan Covid 19 yang kini memuncak, aku tertanya-tanya adakah kita semua akan melalui fasa PKP semula? ADUH! Serik betul rasanya.

Kena pulak time orang nak beraya lagi 2 minggu ni. Merentas negeri dah tentulah tidak dibenarkan. Janganlah pula rentas daerah juga langsung terpalit sama. 

Aku syak, bukan setakat aku je yang merasai kebimbangan. Mungkin juga anda. Cantik dah plan nak balik beraya bagi yang boleh merentas derah atau berada di daerah yang sama, tup-tup! Rentas daerah pun sangkut! Parah! Ke laut semua plan. 

Anak-anak dah dijanjikan nak balik beraya bersama atok, mesti dorang kecewa. Budak.... biasalah. Nama pun raya. 

Aku sebenarnya tak mahu nak mengulas sangat isu perbahasan melibatkan kerajaan. Tetapi, tolong pertimbangkan semula suara-suara rakyat marhaen ini. Angka semakin meningkat, malahan SOP nampak ada kelonggaran.

Macam tak adil pun ada. 

Cuma 1 je, tolong jangan last minit sembang PKP Banyak benda nak kena arrange .. 


Asniza Khalid ©