TERKINI : UPSR DIMANSUHKAN, PT3 DIBATALKAN - Asniza Khalid Asniza Khalid: TERKINI : UPSR DIMANSUHKAN, PT3 DIBATALKAN

TERKINI : UPSR DIMANSUHKAN, PT3 DIBATALKAN

 

Radzi Jidin - Ihsan Utusan.Com

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan telah mengumumkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini, 2021. Manakala, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga turut dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun ini.

Dalam erti kata lain, menurut Menteri Kanan pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, berikutan permansuhan dan pembatalan kedua-duanya, pihaknya akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (BPD) untuk mengukur pencapaian murid yang terlibat.

Pemansuhan UPSR dibuat setelah kita membuat libat urus dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid. Malah pagi ini saya telah bentang memorandum Jemaah Menteri, untuk pemansuhan UPSR sepenuhnya bermula 2021.

“Bagi PT3 pula, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa yang ada murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Kredit : UTUSAN


SEJARAH UPSR

UPSR dimulakan pada tahun 1988 bagi menggantikan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon. Pada tahun yang sama, subjek Sains telah diperkenalkan dalam kertas peperiksaan UPSR dan melibatkan amali Sains.

Pada tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas berasingan, iaitu kertas Pemahaman dengan dua bahagian, Section A (objektif) dan B (subjektif), dan kertas Penulisan. Calon yang mengambil UPSR pada 2016 ialah kohort murid pertama yang mengaplikasi KSSR dan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah, PBS.

Mulai 2016 juga, soalan-soalan dalam kertas UPSR mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang melibatkan soalan berbentuk subjektif untuk kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman (Bahagian B) dan kertas Bahasa Inggeris Pemahaman (Section B). Hal ini menjadikan keputusan lulus penuh UPSR ialah 4A/6A (tambahan 2 kertas Pemahaman dan Penulisan untuk sekolah SJKC dan SJKT) (1988-2001), 5A/7A (2001-2015), dan 6A/8A (2016).


Pengalaman aku semasa UPSR

Aku mengambil UPSR sekitar tahun 1996, ketika itu seingat aku ada 4 subjek yang perlu diambil. Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, aku lupa daaaaa... 

Aku ni walaupun anak cikgu, takde la pula aku dapat advantage ke apa, layanan kayangan pun takde. Semua buat sendiri. Result pun cukup-cukup makan. Takdelah mengecewakan ayah aku. Kira bolehlah lepas. Cara pembelajaran aku dulu sememangnya hampir 100% berubah dengan anak zaman sekarang.

Darjah 1 je aku rasa dorang punya silibus mengancam. Standart budak darjah 4 punya belajar zaman dulu kala. So, aku sendiri tidak meletakkan expectation yang tinggi pada anak-anak aku. Biarlah apa adanya, setakat yang mereka mampu. Kang aku beri pressure berlebihan, kemurungan pulak nanti!


SEJARAH PT3

PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. 

Pentaksiran Tingkatan 3 disahkan sebagai pengganti PMR

Berdasarkan PT3, pelajar Tingkatan 3 akan dinilai berdasarkan empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang

Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:


GredTafsiran GredJulat Markah
ACemerlang85 – 100
BKepujian70 – 84
CBaik60 – 69
DMemuaskan50 – 59
EMencapai tahap minimum40 – 49
FBelum mencapai tahap minimum1 – 39


Pengalaman aku semasa PMR (sebelum dikenali sebagai PT3)

2009 aku mengambil peperiksaan PMR. Kisah berzaman cuba dikembalikan nostalgianya. Oh ya, seingat aku kesemua peperiksaan yang aku hadiri adalah di bulan puasa. Tu memang aku ingat sangat. Sebabnya, bila habis  last paper waktu petang, biasanya ayah akan bawa aku ke bazar Ramadhan Tanjong Karang.

Ni cerita puasa ke, cerita pasal exam ni?

Berbalik pada PMR ada 8 kertas jugalah yang perlu aku ambil. Result pun biasa-biasa juga, yang penting takde gagal sudah. 

Apabila kerajaan 2021 mengumumkan bahawa PT3 dimansuhkan, ekoran student kita ni on off pergi sekolah ada rasa sikit ermm ermm la aku sebagai parents. Bukan apa, mereka sekitar umur 15 tahun ni, mereka sudah mula pandai membuat keputusan sendiri, pandai mencari solusi sendiri. Berbeza dengan budak-budak sekolah rendah.

Aku ada 3 anak perempuan berlainan tahap peperiksaan. Yang sulung sekolah menengah, yang no dua sekolah rendah. Jadi, aku selaku mak mereka ini, aku berpesan ...walaupun semua peperiksaan "besar" dimansuhkan, dibatalkan.. hidup kita akan pernah berhenti dari belajar. Sebelum sampai ke liang lahad kita tetap masih kena belajar.

Peperiksaan bukan pengukur pada sebuah pengakhiran. Tapi sebenarnya permulaan. Jangan terlalu seronok... "wahh! yeayy! exam takde!!" mama kau baling lesung batu kejap lagi! teruskan belajar seperti biasa. Hadapi sebarang kemungkinan di era baru.

Terasa diri semakin tua apabila melihat anak-anak mula membesar

No comments:

Post a Comment

Semua komen adalah tertakluk di bawah tanggungjawab anda sendiri. Sebarang bahasa kesat, maki hamun, unsur berbau perkauman dan ugutan akan didelete serta merta. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, link url/link tidak akan disiarkan. Sila tinggalkan komen yang telus dengan fikiran yang waras.

Terima Kasih.

Asniza Khalid ©