INDIA MENGALAMI GELOMBANG COVID 19 YANG SEMAKIN MEMBURUK - Asniza Khalid Asniza Khalid: INDIA MENGALAMI GELOMBANG COVID 19 YANG SEMAKIN MEMBURUK

INDIA MENGALAMI GELOMBANG COVID 19 YANG SEMAKIN MEMBURUK

Covid 19 di India dikhabarkan semakin menganas. Ianya dijangka akan lebih memuncak pada bulan MEI, 2021. 200 000 orang dijangka maut di India dalam masa tiga minggu ini. 



Al Jazeera memperlihatkan dunia bagaimana upacara pengurusan mayat akibat pandemik Covid 19 dilakukan. Mayat berbaris menunggu giliran untuk dibakar. Bukan biasa-biasa angka lonjakan kematian di sana. Kes jangkitan mencecah hampir 349 000 kes yang direkodkan dalam masa 24 jam. Meremang bulu kita yang mendengar.

Rakyat mereka mati bergelimpangan di jalan raya. Hospital pula mengalami kehabisan bekalan oksigen.

Ketika ini, kapasiti tanah perkuburan dan krematorium semakin terhad , manakala infrastruktur hospital di sana tidak dapat lagi menampung kebanjiran pesakit yang semakin hari semakin banyak. Gelombang "tsunami" Covid 19 di India sekaligus melonjak ketangga kedua selepas Amerika Syarikat.

Apabila gelombang pertama dulu menunjukkan rekod penurunan, pemerintah dan orang ramai mula melonggarkan SOP. Mereka mengabaikan peraturan kesihatan penjagaan Covid 19. Menteri Kesihatan Persekutuannya , begitu yakin mengatakan yang wabak ini tidak akan menular berikutan angka jangkitan mula menunjukkan penurunan.

Maka, sebagai contoh, salah satu festival keagamaan terbesar di dunia, Kumbh Mela tetap diadakan antara Januari dan April dengan disertai kira-kira 25 juta penganut Hindu yang kebanyakannya tidak melaksanakan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

Credit : Sinar Harian

Selain itu, pilihan raya di beberapa negeri juga menyaksikan perhimpunan mega berlangsung tanpa menghiraukan ancaman pandemik itu yang masih tinggi.

“Kami mengambil mudah,” kata Dr Shahid Jameel, salah seorang ahli virologi terkemuka di India. “Mereka terlalu leka.”

Terlalu berfikir keajaiban

Pengkritik menuduh kerajaan India mengabaikan tanggungjawab mereka.

Pada awal Mac 2021, Menteri Kesihatan India Harsh Vardhan dengan yakinnya berkata India sudah sampai ke “pengakhiran” pandemik tersebut.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Kemungkinan negara jiran India seperti Nepal dan Sri Lanka juga bakal berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, negara dunia perlu peka dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak leka.

Wahai Rakyatku Malaysia...



Mahukah anda seperti India?
Tak sayang anak isteri 
Dalam keghairahan nak beraya, tolonglah fikirkan sedetik, mahukah kita berseronok seketika tetapi merana selamanya?






No comments:

Post a Comment

Semua komen adalah tertakluk di bawah tanggungjawab anda sendiri. Sebarang bahasa kesat, maki hamun, unsur berbau perkauman dan ugutan akan didelete serta merta. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, link url/link tidak akan disiarkan. Sila tinggalkan komen yang telus dengan fikiran yang waras.

Terima Kasih.

Asniza Khalid ©