APRIL - BULAN KESEDARAN CAESAREAN - Asniza Khalid Asniza Khalid: APRIL - BULAN KESEDARAN CAESAREAN

APRIL - BULAN KESEDARAN CAESAREAN

 Actually, aku baru sahaja tahu bahawasanya pada setiap tahun, bulan April adalah bulan kesedaran Caeserean. Dan ianya diraikan di seluruh dunia. Padanlah aku tengok ramai kawan-kawan facebook aku mengupload gambar mereka (ibu) dan anak caesar mereka. 

Ihsan : Google

"Baby keluar ikut tingkap." Dan aku juga melalui proses yang sama untuk kelahiran anak ketiga, Ainul Zulaikha. Walaupun melalui proses pembedahan tingkap, namun nikmat bersalin seorang ibu itu tetap sama. Please jangan compare jika anda bersalin secara normal ya. Mungkin rezeki kami terpaksa dalam rela untuk melalui proses tersebut. 

Seperti anda yang bersalin secara normal, kami melalui tempoh kehamilan selama 9 bulan. Alahan juga mungkin sama. Aku, ketiga-ketiga anak tiada beza. Tempoh alahan aku hanya berlarutan selama 2 hingga 4 bulan sahaja. Asal selepas makan saja, menonong aku ke tandas, memuntahkan segala isi perut. Aku terbaring, tersandar melayan pening. 

Kebiasaanya, jika mengalami alahan begini. Ia masih dianggap normal. Nama pun ibu hamil. Kenalah sentiasa beringat, ada lagi para ibu yang lebih teruk alahannya dari aku. Bersyukur aku dengan sekadar, makan dan muntah sahaja. Hehe..

Apa itu Caesarean?

Menurut pemahaman aku, ini merupakan satu prosedur pembedahan untuk menyelamatkan kedua-duanya. Setakat itu je yang aku tahu. Tetapi setelah aku meneliti, *sis, sempat google tau sebelum masuk bilik operation malam tu..

Nah! doktor akan menjalankan pembedahan ini jika proses kelahiran normal anda (melalui faraj) mempunyai komplikasi atau kesukaran.

Kiranya aku dikategorikan emergency czer jugak la ni, ermm...

Mengapa aku perlu jalani pembedahan ini?

Semasa usia kandungan mencecah 32 minggu, aku ada mengalami kontraksi. Tidak pasti sama ada ianya Braxton Hicks ataupun sememangnya aku akan teberanak awal. Ketika itu, aku syak ianya hanya sekadar kontraksi palsu. Hati memang tak keruan, kerana hati aku mula syak ada sesuatu yang tidak kena.

Pertama ; Kontraksi yang aku rasai itu ianya konsisten. Berlaku 30 minit sekali. Setiap kali kontraksi itu wujud, mata aku akan melirik ke arah jam. "Memang benar ianya konsisten", hatiku berdetik. Aku sering mengingkatkan suami aku supaya tidak bekerja di luar kawasan. Aku takutlah kalau ada apa-apa yang terjadi nanti.

Kedua ; Aku merasa kepala bayi mulai terturun. Betul-betul berada di bawah.....  Aku memang rasa tak selesa ketika itu. 

Ketiga ; Setiap kali aku berjalan, aku akan rasa sakit. Tidak boleh meneruskan langkah. Aku akan berpaut dan menahan nyilu yang teramat sangat.

Masuk sahaja usia kandungan 33 minggu, aku mula rasa sangat sakit. Kali ini 15 minit sekali. Aku terus menghubungi suamiku petang itu. Aku meminta beliau untuk cepat-cepat pulang kerana aku sudah tidak tahan menahan sakit. Mengelupur mamat tu balik... hahahhahaa...

Dalam keadaan aku sakit begitu, aku terlupa nak mengemas semua peralatan bayi. Langsung tiada penyediaan. Beg yang perlu aku angkut ke hospital juga langsung tak ku sediakan. Confident bersalin ikut due date katanya.

Jam 5 petang, 18/5/2017

Aku ke klinik tempat di mana aku selalu melakukan pemeriksaan kehamilan. Aku mengadu sakit, dan doktor bertugas ketika itu mula memeriksa keadaan bayi, ternyata YA, dia merasai betapa lembutkan serviks aku. Maknanya, aku akan dijangka bersalin pada bila-bila masa sahaja. Aku disuntik untuk mematangkan paru-paru bayi, dos pertama kata doktor.

Surat ke hospital kerajaan dikeluarkan. Petang itu juga aku digesa terus ke hospital. Degil jugak aku ni. Boleh lagi balik rumah. Makan... Ntah macamana, ketika aku ingin bangun dari kerusi, aku rasa macam ada sesuatu benda panas yang laju mengalir tanpa henti. terkencingkah aku?

Ini merupakan pengalaman aku pecah air ketuban. Dua orang anak sebelum ini, tanda bersalin aku adalah darah. So, aku sendiri boleh jangkakan waktu aku akan melahirkan. Kali ni, air pulak! Suami aku mulai panic. Aku menenangkan beliau, hahaha.. aku katakan bahawa, tiada apa akan berlaku. Sabar!! hahaha.... hakikatnya, aku pun kecut perut, kandungan aku baru 33 minggu maaaaaa!!

Jam 10 malam,

Check in di hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Tahu sajalah prosedur hospital bagaimana. Untuk mendapat sebuah katil aku sahaja memakan masa hampir 2 hingga ke 3 jam. Apa yang aku suka bila tinggal di hospital ni, aku dapat mendapat rehat sepenuhnya. Tidur dan tidur. Tapi, ternyata jangkaan aku meleset.

Dapat sahaja katil, sampai ke 2 pagi aku digodam. Check sana, check sini. Menjerit juga dalam hati, "aku mengantuk wei.." akhirnya tanpa ku sedar, aku tertidur. Bayi masih dalam keadaan selamat walaupun air ketuban sedikit kureng...

Jam 8 pagi,  19/5/2017

Rondaan doktor pakar dan beberapa doktor lain ke katil aku. Apa yang mereka bincangkan bagi kondisi aku, sengaja aku buat-buat pekak. Walhal aku faham jugalah butiran bicara mereka. Antara yang aku dengar: "Aku ada GBS positif, air ketuban aku bla.. bla.. bla.., bukaan rahim aku dari aku mula datang hanya sekitar 1.5 cm saja. Suntikan dos kedua untuk mematangkan paru-paru bayi juga telah diberi" ...  antara report yang dinyatakan.

Seingat aku, doktor pakar itu seorang lelaki India. Beliau tersenyum pada aku. 

"Puan ok?"

"Iya doktor..

"Puan akan jalani pembedahan ya... nanti doktor lain akan jelaskan semua prosedurnya"

"Ok doktor".. ok je aku cakap, detik aku dalam hati. Ibarat tiada perasaan. Hahaha!

Aku dijangka akan menjalani pembedahan caesarean pukul 1 malam nanti. Persediaan bermula seawal jam 3 petang di mana aku tidak dibenarkan menjamah sebarang makanan. Kebetulan, aku request suami aku KFC, sebab tiba-tiba saja aku teringin nak makan ayamnya. Aku memohon jasa baik nurse yang ketika itu lalu di hadapan aku.. hehe

Mungkin dia tahu aku kelaparan, dia membenarkan aku menjamah sedikit, tapi aku bedal seketul terus. Berdekah dia gelakkan aku. 

"Lapar ke puan?"

"Lapar dan teringin, confirm saya takkan dapat makan lepas 24 jam nanti..."

"Betul tu, puan sabar ya. Ini demi anak dalam kandungan puan."

Baik budi bicara beliau dengan aku.

Pukul 8 malam, aku  dimasukkan ke dalam bilik menunggu, sebelum dimasukkan ke bilik operation seperti yang telah diterangkan kepada aku siang tadi. Aku telah bersedia dari segi mental. Suamiku juga telah dimaklumkan. Surat telah ditandatangani. Pukul 1, bayi akan keluar melihat dunia baru. Aku tersenyum...

Jangkaan aku meleset, 

Doktor pakar memberitahu aku, dia terpaksa delay aku punya operation malam ini ekoran ada seorang ibu mengalami komplikasi pembedahan. Mereka tengah berusaha sedaya upaya menyelamatkan si ibu. Aku mulalah goyang ketika itu. Hati, mulut tidak berhenti berzikir... memohon supaya segala urusan aku dan bayiku dipermudahkan.

Dalam keadaan sejuk, mengigil aku menahan. Sepatutnya, jam 1. Tapi kena delay. Akhirnya aku sendiri tidak tahu bila aku akan dibedah. Aku tetap sabar walaupun aku sebenarnya langsung tidak selesa. Kebetulan, aku ada bawa bantal busuk aku.. haha. Ku peluk ku cium. Bantal tu dari aku beranak pertama sampai beranak ketiga masih ada tau.

Setiap kali ke hospital memang itu yang aku bawa. Ada jugalah peneman aku. Aku menghitung detik dan masa. Ya Allah.. lamanya. Tanpa sedar aku tertidur.

"Puan, ... oh puan .."

Aku terkebil-kebil cuba mencelikkan mata. Terpisat-pisat, nyaris sahaja tertarik wayar yang berselirat. Maklumlah, aku terlupa aku di hospital. Bukan bilik tidur aku. Lena benar aku tidur.

"Puan dah bersedia, puan akan dibedah dalam masa 5 minit lagi. Kami akan bawa puan ke bilik pembedahan sekarang"

Mak aii... lajunya. Haha.. Gila goyang.

Tanpa sedar aku pegang tangan nurse tersebut.

"Saya takut....."

Hanya itu yang mampu aku katakan setakat itu.

"Saya teman puan ya. Puan pegang tangan saya..."

Mananya dia temankan aku, dia sorong je aku dalam, huwaaaaa.. sumpah takut. Sempat beliau meninggalkan pesanan.

"Sampai sini saya teman puan, Insya Allah akan baik-baik sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan"

Baik siak nurse ni. 

Bermula episod aku di dalam bilik pembedahan. Ketakutan menghentam di seluruh pelusuk hati aku. 1001 emosi aku mula keluar. Ada ketika, aku rasa nak melompat dari katil. Nak lari. Ada masa aku nak menjerit beritahu mereka, jangan sentuh aku langsung. Tak tergambar perasaan aku. Apakan daya, aku telah dibius. Separuh dari badan aku 'dilumpuhkan'. Sedaya upaya aku cuba mengangkat kaki, langsung tidak bergerak.

Ntah apa-apa sahaja yang aku cuba lakukan, Namun, GAGAL

Redha di atas segalanya... pasrah! Hahahaha...

Ihsan : Google

Aku terasa perutku digodam. Berombak, ke kiri, ke kanan, digoyangkan pulak. Boleh tahan ganas jugak. Tiba-tiba aku dengar salah seorang dari doktor berkata, aku translate dalam bahasa Melayu la ye.

Doktor A : "Oh tidak!"

Doktor B : "Cepat sediakan darah ... menurun ni..."

Doktor C : "Cepat, semakin menurun..."

Gila goyang aku yang mendengar. Ku pejam mata dan cuba bertenang. Ku pujuk hati sendiri. Ku genggam tangan doktor mana ntah aku tak tahu. Banyak sangat doktor dalam bilik tu. 

Doktor B : "Ok naik.. naik.. ok naik.... hampir stabil"

Doktor A : "Bagus.. tolong perhatikan betul-betul"

Doktor B : "Baik doktor, semakin stabil... alhamdulillah"

Aku tak tahu apa yang berlaku, aku tak rasa apa-apa pun. 

Doktor B : "Teruskan ... sudah stabil"

Entahlah.. aku tak tahu apa mereka semua katakan. Tapi, itu yang aku dengar. Jelas telinga aku ni tau. Terperinci setiap bait bicara mereka ketika membedah aku. 

Doktor C : "Puan, baby akan keluar sekejap lagi"

Aku : "Ye ke doktor, tak sabar...."

Pergh! aku boleh cakap macam tu je. Doktor itu tersenyum, barisan giginya cantik. Orangnya pun cantik. 

Doktor C : "Bertenang puan ya, rileks, sebab bila puan excited tekanan darah puan akan naik ni..." 

Hahahaha....

Jam 5.45 pagi, 20/5/2017

Terdengar teriakkan bayi... lajunya dia keluar.

Terus diletakkan di dada aku. Disuruhnya peluk beberapa saat dan dipintanya aku mengenali jantina bayi. Alahai, kecilnya awak. Macam ayam golek.

Menangis? Ya, aku menangis ketika itu. Bukan meraung ya. Menangis tanda bersyukur.  Akhirnya semua selamat. Alhamdulillah.

Bayi dibersihkan dan terus dibawa ke NICU. Tidak bersama aku dalam masa 48 jam. Itu yang telah doktor pakar beritahu aku sebelum aku menjalani pembedahan. Ini khuatir, ada jangkitan kerana aku melahirkan bayi pramatang dan aku juga pembawa GBS positif. 

Setelah segalanya selesai, aku ditolak balik ke wad biasa. Sehari suntuk aku tidur. Aku terlalu lemah untuk membuka mata. Mungkin kesan ubat bius masih ada. Aku layankan rehat diri aku. Aku percaya, bayi aku akan dijaga rapi di NICU. Aku mesti pastikan diri aku kuat sebelum aku menemuinya di tingkat 8, HTAR.

Susuan pertama juga belum sempat ku beri. Sabar! Memujuk hati sendiri. 

"Mama belum kuat nak turun katil ya dik. Nanti mama datang"..

Kesan pertama, bila aku cuba bangun dari katil setelah mamai selama hampir 24 jam tanpa makan dan minum adalah aku hampir muntah. Kalau aku layankan muntah, aku takut habis katil aku. Dan sekaligus memberi tekanan pada luka pembedahan. Aku tahan walaupun aku dah hampir nak melambakkan isi perut.

Doktor mula menghampiri katil aku. Dia kata aku demam, badan aku panas. Dimintanya aku minum sedikit air. Aku request nak minum air sirap sejuk. Haha! Dia mengangguk sambil tersenyum dan mengatakan tiada pantang untuk makan dan minum. 

Kali pertama aku cuba untuk turun dari katil hospital. GAGAL. Rasa macam luka itu rabak, koyak, terbuka. Perasaan aku rupanya. Bila ketakutan menguasai diri. Segala benda akan terbayang bukan-bukan. Luka dah pun sempurna dijahit. Bukannya kita berlari, sampai ianya perlu terbuka. 

Nasib baik semua urusan aku berulang alik membersihkan diri, suamiku bantu. Didukungnya ke bilik air. Dipapahnya aku turun dari katil. Makanan pantangku di hospital beliau sediakan. Sedap pula tu. Hasil google katanya. Paling sedap, ikan merah masak sup. Sedakkkk oiii!


Aku nak intai babyku di NICU, setelah aku yakin yang aku semakin sihat. Naik wheelchair, terus ke tingkat 8. Mengintai dari celah pintu bilik. Semua bayi kelihatan sama berbalut kain berwarna hijau cair. Bulat-bulat bungkusan umpama dalam kepompong. Terlihat satu susuk tubuh kecil, ku lihat namaku tertera di atas kad di hujung katil kecilnya.

Ya, anak mama!

"Kecilnya awak"................. Beratnya 3 kilogram sahaja. Tapi, kecil sahaja. Ku ambil, ku dukung. Alahai, kecilnya. Aku cuba untuk susukan, namun GAGAL. Hahaha! Lena tidurnya. Tidak mengapa, ada cara lain. Pam sahaja susu! Yang penting beliau menyusu dengan susu ibu. Tiada yang mustahil tanpa usaha. Susu itu adalah yang terbaik!

Inilah anak caeserean aku !! Bayi pramatang, kecil dan ku harap beliau akan sihat dan menjadi seorang anak yang bijak dan mampu untuk membahagiakan kedua orang tuanya. Beliau aku beri nama,

AINUL ZULAIKHA - secantik isteri Nabi Yusuf a.s


Aku, si mama dan anak caesarean aku, Ika Zulaikha. 



3 comments:

  1. alhamdulillah semua selamat :)

    btw welcome back sis!

    ReplyDelete
  2. sama je.. ikut bawah ke ikut atas ke dua-dua sakitttt.. aku pulak rasa ngilu baru lps beranak 4 bulan .. huwwaaa

    ReplyDelete

Semua komen adalah tertakluk di bawah tanggungjawab anda sendiri. Sebarang bahasa kesat, maki hamun, unsur berbau perkauman dan ugutan akan didelete serta merta. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, link url/link tidak akan disiarkan. Sila tinggalkan komen yang telus dengan fikiran yang waras.

Terima Kasih.

Asniza Khalid ©