April 2021 - Asniza Khalid Asniza Khalid: April 2021
JENAZAH 2 BERADIK JATUH TITI GANTUNG SELAMAT DIKEBUMIKAN

JENAZAH 2 BERADIK JATUH TITI GANTUNG SELAMAT DIKEBUMIKAN

LEMAS | Mayat Kakak Sudah Ditemui
 
Mayat kanak-kanak perempuan yang terjatuh dan hanyut di Sungai Rekoh, Muadzam Shah, Rompin kelmarin, ditemui malam tadi.
 
Mayat Dhanis Maulida Putri Masani, tujuh tahun ditemui penduduk kampung jam 8:35 malam kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian 2 hari lalu, dua beradik ini dikatakan tercampak setelah motosikal yang ditunggangi ibunya hilang kawalan. Tetapi, ibunya terselamat kerana tersangkut pada jambatan gantung tersebut.



Dua orang anak hilang dipandangan dengan sekelip mata. Begitu hebat ujian kepada kedua orang tuanya di bulan Ramadhan. Kedua mayat kakak dan adik telah dikebumikan kira-kira petang tadi di dalam satu liang lahad.

Bersemadilah kamu dengan tenang di sana. Semoga kedua orang tuamu kuat jiwanya dan bertabah dengan ujian Maha Hebat dariNya. Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan kembali.

Al Fatihah buat kedua adik beradik ini.

Sumber : FB Arelong Syah, 
                 Buletin TV3





TERKINI : UPSR DIMANSUHKAN, PT3 DIBATALKAN

TERKINI : UPSR DIMANSUHKAN, PT3 DIBATALKAN

 

Radzi Jidin - Ihsan Utusan.Com

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan telah mengumumkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini, 2021. Manakala, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga turut dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun ini.

Dalam erti kata lain, menurut Menteri Kanan pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, berikutan permansuhan dan pembatalan kedua-duanya, pihaknya akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (BPD) untuk mengukur pencapaian murid yang terlibat.

Pemansuhan UPSR dibuat setelah kita membuat libat urus dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid. Malah pagi ini saya telah bentang memorandum Jemaah Menteri, untuk pemansuhan UPSR sepenuhnya bermula 2021.

“Bagi PT3 pula, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa yang ada murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Kredit : UTUSAN


SEJARAH UPSR

UPSR dimulakan pada tahun 1988 bagi menggantikan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon. Pada tahun yang sama, subjek Sains telah diperkenalkan dalam kertas peperiksaan UPSR dan melibatkan amali Sains.

Pada tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas berasingan, iaitu kertas Pemahaman dengan dua bahagian, Section A (objektif) dan B (subjektif), dan kertas Penulisan. Calon yang mengambil UPSR pada 2016 ialah kohort murid pertama yang mengaplikasi KSSR dan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah, PBS.

Mulai 2016 juga, soalan-soalan dalam kertas UPSR mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang melibatkan soalan berbentuk subjektif untuk kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman (Bahagian B) dan kertas Bahasa Inggeris Pemahaman (Section B). Hal ini menjadikan keputusan lulus penuh UPSR ialah 4A/6A (tambahan 2 kertas Pemahaman dan Penulisan untuk sekolah SJKC dan SJKT) (1988-2001), 5A/7A (2001-2015), dan 6A/8A (2016).


Pengalaman aku semasa UPSR

Aku mengambil UPSR sekitar tahun 1996, ketika itu seingat aku ada 4 subjek yang perlu diambil. Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, aku lupa daaaaa... 

Aku ni walaupun anak cikgu, takde la pula aku dapat advantage ke apa, layanan kayangan pun takde. Semua buat sendiri. Result pun cukup-cukup makan. Takdelah mengecewakan ayah aku. Kira bolehlah lepas. Cara pembelajaran aku dulu sememangnya hampir 100% berubah dengan anak zaman sekarang.

Darjah 1 je aku rasa dorang punya silibus mengancam. Standart budak darjah 4 punya belajar zaman dulu kala. So, aku sendiri tidak meletakkan expectation yang tinggi pada anak-anak aku. Biarlah apa adanya, setakat yang mereka mampu. Kang aku beri pressure berlebihan, kemurungan pulak nanti!


SEJARAH PT3

PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. 

Pentaksiran Tingkatan 3 disahkan sebagai pengganti PMR

Berdasarkan PT3, pelajar Tingkatan 3 akan dinilai berdasarkan empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang

Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:


GredTafsiran GredJulat Markah
ACemerlang85 – 100
BKepujian70 – 84
CBaik60 – 69
DMemuaskan50 – 59
EMencapai tahap minimum40 – 49
FBelum mencapai tahap minimum1 – 39


Pengalaman aku semasa PMR (sebelum dikenali sebagai PT3)

2009 aku mengambil peperiksaan PMR. Kisah berzaman cuba dikembalikan nostalgianya. Oh ya, seingat aku kesemua peperiksaan yang aku hadiri adalah di bulan puasa. Tu memang aku ingat sangat. Sebabnya, bila habis  last paper waktu petang, biasanya ayah akan bawa aku ke bazar Ramadhan Tanjong Karang.

Ni cerita puasa ke, cerita pasal exam ni?

Berbalik pada PMR ada 8 kertas jugalah yang perlu aku ambil. Result pun biasa-biasa juga, yang penting takde gagal sudah. 

Apabila kerajaan 2021 mengumumkan bahawa PT3 dimansuhkan, ekoran student kita ni on off pergi sekolah ada rasa sikit ermm ermm la aku sebagai parents. Bukan apa, mereka sekitar umur 15 tahun ni, mereka sudah mula pandai membuat keputusan sendiri, pandai mencari solusi sendiri. Berbeza dengan budak-budak sekolah rendah.

Aku ada 3 anak perempuan berlainan tahap peperiksaan. Yang sulung sekolah menengah, yang no dua sekolah rendah. Jadi, aku selaku mak mereka ini, aku berpesan ...walaupun semua peperiksaan "besar" dimansuhkan, dibatalkan.. hidup kita akan pernah berhenti dari belajar. Sebelum sampai ke liang lahad kita tetap masih kena belajar.

Peperiksaan bukan pengukur pada sebuah pengakhiran. Tapi sebenarnya permulaan. Jangan terlalu seronok... "wahh! yeayy! exam takde!!" mama kau baling lesung batu kejap lagi! teruskan belajar seperti biasa. Hadapi sebarang kemungkinan di era baru.

Terasa diri semakin tua apabila melihat anak-anak mula membesar

INDIA MENGALAMI GELOMBANG COVID 19 YANG SEMAKIN MEMBURUK

INDIA MENGALAMI GELOMBANG COVID 19 YANG SEMAKIN MEMBURUK

Covid 19 di India dikhabarkan semakin menganas. Ianya dijangka akan lebih memuncak pada bulan MEI, 2021. 200 000 orang dijangka maut di India dalam masa tiga minggu ini. 



Al Jazeera memperlihatkan dunia bagaimana upacara pengurusan mayat akibat pandemik Covid 19 dilakukan. Mayat berbaris menunggu giliran untuk dibakar. Bukan biasa-biasa angka lonjakan kematian di sana. Kes jangkitan mencecah hampir 349 000 kes yang direkodkan dalam masa 24 jam. Meremang bulu kita yang mendengar.

Rakyat mereka mati bergelimpangan di jalan raya. Hospital pula mengalami kehabisan bekalan oksigen.

Ketika ini, kapasiti tanah perkuburan dan krematorium semakin terhad , manakala infrastruktur hospital di sana tidak dapat lagi menampung kebanjiran pesakit yang semakin hari semakin banyak. Gelombang "tsunami" Covid 19 di India sekaligus melonjak ketangga kedua selepas Amerika Syarikat.

Apabila gelombang pertama dulu menunjukkan rekod penurunan, pemerintah dan orang ramai mula melonggarkan SOP. Mereka mengabaikan peraturan kesihatan penjagaan Covid 19. Menteri Kesihatan Persekutuannya , begitu yakin mengatakan yang wabak ini tidak akan menular berikutan angka jangkitan mula menunjukkan penurunan.

Maka, sebagai contoh, salah satu festival keagamaan terbesar di dunia, Kumbh Mela tetap diadakan antara Januari dan April dengan disertai kira-kira 25 juta penganut Hindu yang kebanyakannya tidak melaksanakan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

Credit : Sinar Harian

Selain itu, pilihan raya di beberapa negeri juga menyaksikan perhimpunan mega berlangsung tanpa menghiraukan ancaman pandemik itu yang masih tinggi.

“Kami mengambil mudah,” kata Dr Shahid Jameel, salah seorang ahli virologi terkemuka di India. “Mereka terlalu leka.”

Terlalu berfikir keajaiban

Pengkritik menuduh kerajaan India mengabaikan tanggungjawab mereka.

Pada awal Mac 2021, Menteri Kesihatan India Harsh Vardhan dengan yakinnya berkata India sudah sampai ke “pengakhiran” pandemik tersebut.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Kemungkinan negara jiran India seperti Nepal dan Sri Lanka juga bakal berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, negara dunia perlu peka dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak leka.

Wahai Rakyatku Malaysia...



Mahukah anda seperti India?
Tak sayang anak isteri 
Dalam keghairahan nak beraya, tolonglah fikirkan sedetik, mahukah kita berseronok seketika tetapi merana selamanya?






KRI NANGGALA 402 KE PELABUHAN SYURGA

KRI NANGGALA 402 KE PELABUHAN SYURGA




KRI NANGGALA 402 :

Kapal selam ini berukuran 60 meter panjang dan 6 meter lebar. Dan ia mampu bergerak dengan kelajuan maksimun 21.5 knots. Kapal ini merupakan kapal buatan Jerman mampu menyelam selama 3 bulan dengan kedalaman maksimum 250 meter di bawah permukaan laut. Kri Nanggala dilengkapi dengan 14 torpedo 21 inci di dalam 8 tabung. Ini adalah dari segi persenjataan yang dimilikinya



Seperti yang kita semua maklum, penemuan bangkai KRI Nanggala 402 telah pun ditemui. Pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) juga telah mengesahkannya sendiri bahawa  KRI Nanggala  tenggelam di perairan Bali. 

"Tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen bagi KRI Nanggala adalah selama 72 jam sudah  berakhir. Malah kesan tumpahan minyak dan serpihan yang ditemui menjadi bukti yang nyata KRI Nanggala tenggelam", menurut Panglima TNI, Hj Tjahjanto.

Ia membawa 53 orang anak kapal dilaporkan terputus hubungan setelah melakukan ujian torpedo.

Apakah yang berlaku sebenarnya?

Kisah mereka "terbenam" dengan sendiri di dalam lautan yang nampak tenang dipandang.

Kalau dibaca secara keseluruhan kronologi yang menimpa KRI Nanggala, dari permulaan hinggalah berita penemuan bangkai serpihan, bagi aku amat menyayat hati. Satu persatu ku belek kisahnya di laman sosial, dengan harapan kesemua anak kapal dapat dipertemukan semula. Seiring doa dari seluruh umat manusia sempena Ramadhan agar pencarian mereka dipermudahkan.



Namun, apakan daya. Mereka telah mendahului kita semua. Terus tenggelam menuju kepada Sang Pencipta sekalian alam. Siapa sahaja antara kita yang tidak mahu mereka selamat dari kecelakaan. Tetapi, jika Allah s.w.t berkehendakkan lain, maka tidak ada sikap yang baik, kecuali bersabar dan berserah hanya padaNya. 

Seperti firman Nya :

ٱلَّذِينَ إِذَ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُون

"(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali). (Al-Baqarah Ayat 156)


Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

"Syuhada (orang-orang yang mati syahid) itu ada lima, (yaitu) 'Orang mati karena terkena penyakit tha'un (lepra); orang yang meninggal karena sakit perut; orang yang mati tenggelam; orang yang tertimpa bangunan rumah atau tembok; dan orang yang gugur di jalan Allah."

Keutamaan Mati Syahid :

1. Diampuni (seluruh dosanya) pada saat awal terbunuhnya.
2. Diperlihatkan di dunia tempatnya di surga.
3. Selamat dari fitnah kubur.
4. Diselamatkan dari hari yang sangat mencekam (Hari Kiamat).
5. Akan dipasangkan di atas kepalanya sebuah mahkota kebesaran dari Yaquut, yang nilainya lebih besar daripada dunia dan seisinya.
6. Akan dinikahkan dengan 72 bidadari.
7. Akan diperbolehkan memberikan syafa'at bagi 70 anggota keluarganya di akhirat kelak. (Hadis Hasan, HR At-Tirmidzi dan yang lainnya)


SENARAI NAMA 53 Anak Kapal KRI Nanggala yang terkorban, sesungguhnya kalian adalah orang-orang yang hebat. 

Laut kamu takluki, 
Hujungnya bukan usia,
Hujungnya bukanlah dunia
Tapi pertemuan dengan Allah
Selamat menikmati pelayaran terindah
Kalian adalah pahlawan
Hidup dan mati adalah kemestian
Tiap-tiap jiwa yang datang mutlak akan pergi
Cuma kini, kau mendahului ...

AL FATIHAH

1. Heri Oktavian – Letkol Laut (P) -Komandan KRI Nanggala-402
2. Eko Firmanto – Mayor Laut (P)
3. Wisnu Subiyantoro – Mayor Laut (T)
4. Yohanes Heri – Kapten Laut (E)
5. I Gede Kartika – Kapten Laut (P)
6. Muhadi – Lettu Laut (P)
7. Ady Sonata – Lettu Laut (P)
8. Imam Adi – Lettu Laut (P)
9. Anang Sutriatno – Lettu Laut (T)
10. Adhi Laksmono – Letda Laut (E)
11. Munawir – Letda Laut (P)
12. Rhesa Tri – Letda Laut (T)
13. Rintoni – Letda Laut (T)
14. M Susanto – Letda Laut (P)
15. Ruswanto – Serka Bah
16. Yoto Eki Setiawan – Sertu Bah
17. Ardi Ardiansyah – Sertu Ttu
18. Achmad Faisal – Sertu Kom
19. Willy Ridwan Santoso – Sertu Kom
20. M Rusdiyansyah – Sertu Eko
21. Ryan Yogie Pratama – Sertu Eki
22. Dedi Hari Susilo – Sertu Mes
23. Bambang Priyanto – Serda Bah
24. Purwanto – Serda Kom
25. Eko Prasetiyo – Serda Kom
26. Harmanto – Serda Ttu
27. Lutfi Anang – Serda Ttu
28. Dwi Nugroho – Serda Atf
29. Pandu Yudha Kusuma – Serda Ede
30. Misnari – Serda Eta
31. Setyo Wawan – Serda Saa
32. Hendro Purwoto – Serda Lis
33. Guntur Ari Prasetyo – Serda Mes
34. Diyut Subandriyo – Serda Lis
35. Wawan Hermanto – Serda Lis
36. Syahwi Mapala – Serda Lis
37. Wahyu Adiyas – Serda Lis
38. Edi Wibowo – Serda Lis
39. Kharisma D.B – Kopda Eta
40. Nugroho Putranto – Kopda Tlg
41. Khoirul Faizin – Kopda Mes
42. Maryono – Kopda Trb
43. Roni Effendi – Klk Eta
44. Distriyan Andy P – KLK Eta
45. Raditaka Margiansyah – KLS Isy
46. Gunadi Fajar R – KLS Isy
47. Denny Richi Sambudi – KLS Nav
48. Muh Faqihudin Munir – KLS Mes
49. Edy Siswanto – KLS Nav Non ABK
50. Harry Setyawan – Kolonel Laut (P) – Dansatsel
51. Irfan Suri – Letkol Laut (E)
52. Whilly – Mayor Laut (E)
53. Suheri – PNS


APRIL - BULAN KESEDARAN CAESAREAN

APRIL - BULAN KESEDARAN CAESAREAN

 Actually, aku baru sahaja tahu bahawasanya pada setiap tahun, bulan April adalah bulan kesedaran Caeserean. Dan ianya diraikan di seluruh dunia. Padanlah aku tengok ramai kawan-kawan facebook aku mengupload gambar mereka (ibu) dan anak caesar mereka. 

Ihsan : Google

"Baby keluar ikut tingkap." Dan aku juga melalui proses yang sama untuk kelahiran anak ketiga, Ainul Zulaikha. Walaupun melalui proses pembedahan tingkap, namun nikmat bersalin seorang ibu itu tetap sama. Please jangan compare jika anda bersalin secara normal ya. Mungkin rezeki kami terpaksa dalam rela untuk melalui proses tersebut. 

Seperti anda yang bersalin secara normal, kami melalui tempoh kehamilan selama 9 bulan. Alahan juga mungkin sama. Aku, ketiga-ketiga anak tiada beza. Tempoh alahan aku hanya berlarutan selama 2 hingga 4 bulan sahaja. Asal selepas makan saja, menonong aku ke tandas, memuntahkan segala isi perut. Aku terbaring, tersandar melayan pening. 

Kebiasaanya, jika mengalami alahan begini. Ia masih dianggap normal. Nama pun ibu hamil. Kenalah sentiasa beringat, ada lagi para ibu yang lebih teruk alahannya dari aku. Bersyukur aku dengan sekadar, makan dan muntah sahaja. Hehe..

Apa itu Caesarean?

Menurut pemahaman aku, ini merupakan satu prosedur pembedahan untuk menyelamatkan kedua-duanya. Setakat itu je yang aku tahu. Tetapi setelah aku meneliti, *sis, sempat google tau sebelum masuk bilik operation malam tu..

Nah! doktor akan menjalankan pembedahan ini jika proses kelahiran normal anda (melalui faraj) mempunyai komplikasi atau kesukaran.

Kiranya aku dikategorikan emergency czer jugak la ni, ermm...

Mengapa aku perlu jalani pembedahan ini?

Semasa usia kandungan mencecah 32 minggu, aku ada mengalami kontraksi. Tidak pasti sama ada ianya Braxton Hicks ataupun sememangnya aku akan teberanak awal. Ketika itu, aku syak ianya hanya sekadar kontraksi palsu. Hati memang tak keruan, kerana hati aku mula syak ada sesuatu yang tidak kena.

Pertama ; Kontraksi yang aku rasai itu ianya konsisten. Berlaku 30 minit sekali. Setiap kali kontraksi itu wujud, mata aku akan melirik ke arah jam. "Memang benar ianya konsisten", hatiku berdetik. Aku sering mengingkatkan suami aku supaya tidak bekerja di luar kawasan. Aku takutlah kalau ada apa-apa yang terjadi nanti.

Kedua ; Aku merasa kepala bayi mulai terturun. Betul-betul berada di bawah.....  Aku memang rasa tak selesa ketika itu. 

Ketiga ; Setiap kali aku berjalan, aku akan rasa sakit. Tidak boleh meneruskan langkah. Aku akan berpaut dan menahan nyilu yang teramat sangat.

Masuk sahaja usia kandungan 33 minggu, aku mula rasa sangat sakit. Kali ini 15 minit sekali. Aku terus menghubungi suamiku petang itu. Aku meminta beliau untuk cepat-cepat pulang kerana aku sudah tidak tahan menahan sakit. Mengelupur mamat tu balik... hahahhahaa...

Dalam keadaan aku sakit begitu, aku terlupa nak mengemas semua peralatan bayi. Langsung tiada penyediaan. Beg yang perlu aku angkut ke hospital juga langsung tak ku sediakan. Confident bersalin ikut due date katanya.

Jam 5 petang, 18/5/2017

Aku ke klinik tempat di mana aku selalu melakukan pemeriksaan kehamilan. Aku mengadu sakit, dan doktor bertugas ketika itu mula memeriksa keadaan bayi, ternyata YA, dia merasai betapa lembutkan serviks aku. Maknanya, aku akan dijangka bersalin pada bila-bila masa sahaja. Aku disuntik untuk mematangkan paru-paru bayi, dos pertama kata doktor.

Surat ke hospital kerajaan dikeluarkan. Petang itu juga aku digesa terus ke hospital. Degil jugak aku ni. Boleh lagi balik rumah. Makan... Ntah macamana, ketika aku ingin bangun dari kerusi, aku rasa macam ada sesuatu benda panas yang laju mengalir tanpa henti. terkencingkah aku?

Ini merupakan pengalaman aku pecah air ketuban. Dua orang anak sebelum ini, tanda bersalin aku adalah darah. So, aku sendiri boleh jangkakan waktu aku akan melahirkan. Kali ni, air pulak! Suami aku mulai panic. Aku menenangkan beliau, hahaha.. aku katakan bahawa, tiada apa akan berlaku. Sabar!! hahaha.... hakikatnya, aku pun kecut perut, kandungan aku baru 33 minggu maaaaaa!!

Jam 10 malam,

Check in di hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Tahu sajalah prosedur hospital bagaimana. Untuk mendapat sebuah katil aku sahaja memakan masa hampir 2 hingga ke 3 jam. Apa yang aku suka bila tinggal di hospital ni, aku dapat mendapat rehat sepenuhnya. Tidur dan tidur. Tapi, ternyata jangkaan aku meleset.

Dapat sahaja katil, sampai ke 2 pagi aku digodam. Check sana, check sini. Menjerit juga dalam hati, "aku mengantuk wei.." akhirnya tanpa ku sedar, aku tertidur. Bayi masih dalam keadaan selamat walaupun air ketuban sedikit kureng...

Jam 8 pagi,  19/5/2017

Rondaan doktor pakar dan beberapa doktor lain ke katil aku. Apa yang mereka bincangkan bagi kondisi aku, sengaja aku buat-buat pekak. Walhal aku faham jugalah butiran bicara mereka. Antara yang aku dengar: "Aku ada GBS positif, air ketuban aku bla.. bla.. bla.., bukaan rahim aku dari aku mula datang hanya sekitar 1.5 cm saja. Suntikan dos kedua untuk mematangkan paru-paru bayi juga telah diberi" ...  antara report yang dinyatakan.

Seingat aku, doktor pakar itu seorang lelaki India. Beliau tersenyum pada aku. 

"Puan ok?"

"Iya doktor..

"Puan akan jalani pembedahan ya... nanti doktor lain akan jelaskan semua prosedurnya"

"Ok doktor".. ok je aku cakap, detik aku dalam hati. Ibarat tiada perasaan. Hahaha!

Aku dijangka akan menjalani pembedahan caesarean pukul 1 malam nanti. Persediaan bermula seawal jam 3 petang di mana aku tidak dibenarkan menjamah sebarang makanan. Kebetulan, aku request suami aku KFC, sebab tiba-tiba saja aku teringin nak makan ayamnya. Aku memohon jasa baik nurse yang ketika itu lalu di hadapan aku.. hehe

Mungkin dia tahu aku kelaparan, dia membenarkan aku menjamah sedikit, tapi aku bedal seketul terus. Berdekah dia gelakkan aku. 

"Lapar ke puan?"

"Lapar dan teringin, confirm saya takkan dapat makan lepas 24 jam nanti..."

"Betul tu, puan sabar ya. Ini demi anak dalam kandungan puan."

Baik budi bicara beliau dengan aku.

Pukul 8 malam, aku  dimasukkan ke dalam bilik menunggu, sebelum dimasukkan ke bilik operation seperti yang telah diterangkan kepada aku siang tadi. Aku telah bersedia dari segi mental. Suamiku juga telah dimaklumkan. Surat telah ditandatangani. Pukul 1, bayi akan keluar melihat dunia baru. Aku tersenyum...

Jangkaan aku meleset, 

Doktor pakar memberitahu aku, dia terpaksa delay aku punya operation malam ini ekoran ada seorang ibu mengalami komplikasi pembedahan. Mereka tengah berusaha sedaya upaya menyelamatkan si ibu. Aku mulalah goyang ketika itu. Hati, mulut tidak berhenti berzikir... memohon supaya segala urusan aku dan bayiku dipermudahkan.

Dalam keadaan sejuk, mengigil aku menahan. Sepatutnya, jam 1. Tapi kena delay. Akhirnya aku sendiri tidak tahu bila aku akan dibedah. Aku tetap sabar walaupun aku sebenarnya langsung tidak selesa. Kebetulan, aku ada bawa bantal busuk aku.. haha. Ku peluk ku cium. Bantal tu dari aku beranak pertama sampai beranak ketiga masih ada tau.

Setiap kali ke hospital memang itu yang aku bawa. Ada jugalah peneman aku. Aku menghitung detik dan masa. Ya Allah.. lamanya. Tanpa sedar aku tertidur.

"Puan, ... oh puan .."

Aku terkebil-kebil cuba mencelikkan mata. Terpisat-pisat, nyaris sahaja tertarik wayar yang berselirat. Maklumlah, aku terlupa aku di hospital. Bukan bilik tidur aku. Lena benar aku tidur.

"Puan dah bersedia, puan akan dibedah dalam masa 5 minit lagi. Kami akan bawa puan ke bilik pembedahan sekarang"

Mak aii... lajunya. Haha.. Gila goyang.

Tanpa sedar aku pegang tangan nurse tersebut.

"Saya takut....."

Hanya itu yang mampu aku katakan setakat itu.

"Saya teman puan ya. Puan pegang tangan saya..."

Mananya dia temankan aku, dia sorong je aku dalam, huwaaaaa.. sumpah takut. Sempat beliau meninggalkan pesanan.

"Sampai sini saya teman puan, Insya Allah akan baik-baik sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan"

Baik siak nurse ni. 

Bermula episod aku di dalam bilik pembedahan. Ketakutan menghentam di seluruh pelusuk hati aku. 1001 emosi aku mula keluar. Ada ketika, aku rasa nak melompat dari katil. Nak lari. Ada masa aku nak menjerit beritahu mereka, jangan sentuh aku langsung. Tak tergambar perasaan aku. Apakan daya, aku telah dibius. Separuh dari badan aku 'dilumpuhkan'. Sedaya upaya aku cuba mengangkat kaki, langsung tidak bergerak.

Ntah apa-apa sahaja yang aku cuba lakukan, Namun, GAGAL

Redha di atas segalanya... pasrah! Hahahaha...

Ihsan : Google

Aku terasa perutku digodam. Berombak, ke kiri, ke kanan, digoyangkan pulak. Boleh tahan ganas jugak. Tiba-tiba aku dengar salah seorang dari doktor berkata, aku translate dalam bahasa Melayu la ye.

Doktor A : "Oh tidak!"

Doktor B : "Cepat sediakan darah ... menurun ni..."

Doktor C : "Cepat, semakin menurun..."

Gila goyang aku yang mendengar. Ku pejam mata dan cuba bertenang. Ku pujuk hati sendiri. Ku genggam tangan doktor mana ntah aku tak tahu. Banyak sangat doktor dalam bilik tu. 

Doktor B : "Ok naik.. naik.. ok naik.... hampir stabil"

Doktor A : "Bagus.. tolong perhatikan betul-betul"

Doktor B : "Baik doktor, semakin stabil... alhamdulillah"

Aku tak tahu apa yang berlaku, aku tak rasa apa-apa pun. 

Doktor B : "Teruskan ... sudah stabil"

Entahlah.. aku tak tahu apa mereka semua katakan. Tapi, itu yang aku dengar. Jelas telinga aku ni tau. Terperinci setiap bait bicara mereka ketika membedah aku. 

Doktor C : "Puan, baby akan keluar sekejap lagi"

Aku : "Ye ke doktor, tak sabar...."

Pergh! aku boleh cakap macam tu je. Doktor itu tersenyum, barisan giginya cantik. Orangnya pun cantik. 

Doktor C : "Bertenang puan ya, rileks, sebab bila puan excited tekanan darah puan akan naik ni..." 

Hahahaha....

Jam 5.45 pagi, 20/5/2017

Terdengar teriakkan bayi... lajunya dia keluar.

Terus diletakkan di dada aku. Disuruhnya peluk beberapa saat dan dipintanya aku mengenali jantina bayi. Alahai, kecilnya awak. Macam ayam golek.

Menangis? Ya, aku menangis ketika itu. Bukan meraung ya. Menangis tanda bersyukur.  Akhirnya semua selamat. Alhamdulillah.

Bayi dibersihkan dan terus dibawa ke NICU. Tidak bersama aku dalam masa 48 jam. Itu yang telah doktor pakar beritahu aku sebelum aku menjalani pembedahan. Ini khuatir, ada jangkitan kerana aku melahirkan bayi pramatang dan aku juga pembawa GBS positif. 

Setelah segalanya selesai, aku ditolak balik ke wad biasa. Sehari suntuk aku tidur. Aku terlalu lemah untuk membuka mata. Mungkin kesan ubat bius masih ada. Aku layankan rehat diri aku. Aku percaya, bayi aku akan dijaga rapi di NICU. Aku mesti pastikan diri aku kuat sebelum aku menemuinya di tingkat 8, HTAR.

Susuan pertama juga belum sempat ku beri. Sabar! Memujuk hati sendiri. 

"Mama belum kuat nak turun katil ya dik. Nanti mama datang"..

Kesan pertama, bila aku cuba bangun dari katil setelah mamai selama hampir 24 jam tanpa makan dan minum adalah aku hampir muntah. Kalau aku layankan muntah, aku takut habis katil aku. Dan sekaligus memberi tekanan pada luka pembedahan. Aku tahan walaupun aku dah hampir nak melambakkan isi perut.

Doktor mula menghampiri katil aku. Dia kata aku demam, badan aku panas. Dimintanya aku minum sedikit air. Aku request nak minum air sirap sejuk. Haha! Dia mengangguk sambil tersenyum dan mengatakan tiada pantang untuk makan dan minum. 

Kali pertama aku cuba untuk turun dari katil hospital. GAGAL. Rasa macam luka itu rabak, koyak, terbuka. Perasaan aku rupanya. Bila ketakutan menguasai diri. Segala benda akan terbayang bukan-bukan. Luka dah pun sempurna dijahit. Bukannya kita berlari, sampai ianya perlu terbuka. 

Nasib baik semua urusan aku berulang alik membersihkan diri, suamiku bantu. Didukungnya ke bilik air. Dipapahnya aku turun dari katil. Makanan pantangku di hospital beliau sediakan. Sedap pula tu. Hasil google katanya. Paling sedap, ikan merah masak sup. Sedakkkk oiii!


Aku nak intai babyku di NICU, setelah aku yakin yang aku semakin sihat. Naik wheelchair, terus ke tingkat 8. Mengintai dari celah pintu bilik. Semua bayi kelihatan sama berbalut kain berwarna hijau cair. Bulat-bulat bungkusan umpama dalam kepompong. Terlihat satu susuk tubuh kecil, ku lihat namaku tertera di atas kad di hujung katil kecilnya.

Ya, anak mama!

"Kecilnya awak"................. Beratnya 3 kilogram sahaja. Tapi, kecil sahaja. Ku ambil, ku dukung. Alahai, kecilnya. Aku cuba untuk susukan, namun GAGAL. Hahaha! Lena tidurnya. Tidak mengapa, ada cara lain. Pam sahaja susu! Yang penting beliau menyusu dengan susu ibu. Tiada yang mustahil tanpa usaha. Susu itu adalah yang terbaik!

Inilah anak caeserean aku !! Bayi pramatang, kecil dan ku harap beliau akan sihat dan menjadi seorang anak yang bijak dan mampu untuk membahagiakan kedua orang tuanya. Beliau aku beri nama,

AINUL ZULAIKHA - secantik isteri Nabi Yusuf a.s


Aku, si mama dan anak caesarean aku, Ika Zulaikha. 



SAVE RALPH - FILEM PENDEK YANG MENYAYAT HATI

SAVE RALPH - FILEM PENDEK YANG MENYAYAT HATI

 TOLONG BANTU KAMI ! - Si Ralph

Ihsan : Google

Terpanggil aku untuk menulis kisah si arnab comel ini setelah melihat beberapa trending di laman Tik Tok dan Twitter. Ku belek-belek kisahnya berbekalkan hashtag #saveralph. Semuanya agak menyayat hati. Rasa sedih, terkilan dan sedikit kecewa. Dan sebagai seorang manusia, penderitaan kepada semua para haiwan ini aku rasa patut dihentikan sama sekali. Caranya mudah! Hentikan pembelian produk yang menggunakan binatang sebagai bahan tester mereka. 

Kini, muncul satu filem animasi pendek stop motion lagi comel arahan Spencer Susser yang menceritakan kisah si arnab yang bernama Ralph yang bekerja sebagai seekor tester atau penguji. Apa yang akan berlaku apabila pengarah , para pelakon berganding bahu dengan pemimpin global Human Society International bagi mengakhiri ujian ke atas haiwan dalam kosmetik?

Aku rasa wow!


Filem ini adalah bertujuan untuk menyedarkan dunia agar menghentikan kekerasan dan percubaan terhadap haiwan dalam pembuatan kosmetik.

Anda semua harus menontonnya kerana filem ini akan ditayangkan pada musim bunga dalam 5 bahasa. Filem ini menampilkan suara Ricky Gervais, Taika Waititi, Zac Efron, Olivia Munn, George Lopez, Rosario Dawson dan banyak lagi.

Ihsan : Google

Sedikit kisah yang boleh aku sharing ..

Percubaan bahan kimia yang dilakukan oleh para manusia ini telah menyebabkan Si Ralph menjadi buta sebelah mata dan mengalami kerengsaan yang teruk dan berdengung di satu telinga. Tetapi, part yang paling buat aku cover nak menangis apabila Si Ralph ni, tetap juga menyakinkan penonton bahawa ini adalah tugasnya untuk memastikan manusia mendapat manfaat syampoo yang selamat. Sedih sekali. Dia tetap positif walaupun dia tahu seluruh keturunannya hanya digunakan untuk menjadi tester semata-mata.


Ihsan : Google


Ada diselitkan kisah, untuk menguji iritasi risiko untuk mata manusia, mata haiwan ini dijadikan bahan percubaan sehingga buta.

Dalam menguji keberhasilan losyen pula, kulit mereka dicukur dan disagat lalu dilumuri bahan kimia losyen itu sendiri. 

Kedengaran azab dan amat ngeri. Bezanya haiwan ini tidak mampu melawan apatah lagi merayu belas kasihan.

Dalam wawancara antara dengan HSI, Andy Gent berharap watak Si Ralph ini akan hidup dan beliau amat berharap agar watak menyayat hati ini berjaya menamatkan ujian kosmetik pada haiwan di seluruh dunia. 

Ada satu part di mana Si Ralph ini mengalirkan air mata. Betul-betul menyentap tangkai jantung hati bagi seorang manusia yang tahu makna kasihan. Apatah lagi ketika beliau mula bercerita tentang kesakitan yang beliau sendiri alami. Dijadikan bahan ujikaji demi mencapai keuntungan pihak yang bergelar manusia. 

"im a tester, my daddy was a tester, my mom, my brother, my sister, my kids. All testers. they died doing their job, like i will, but its okay.."

"hey, we do it for the humans that’s our job"

"just like I will"

"but its okay"

Ihsan : Google

Sumber : Human Society International



MUHASABAH DIRI

MUHASABAH DIRI

 




Sungguh luar biasa...

Seorang anak muda sedang membersihkan aquarium tuannya, ia memandang ikan arowana agak kebiruan dengan taksub.

Tanpa disedari tuannya sudah berada di belakangnya.

"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya sang tuannya.

"Tidak tahu". Jawab si anak muda

"Cuba kamu tawarkan kepada jiran tetangga sebelah!". Perintah tuannya.

Ia mengambil gambar ikan itu dan menawarkan ke jiran tetangga. Kemudian kembali menghadap Tuannya. 


"Ditawarkan berapa harga?" tanya Tuannya. 

"RM15 Tuan". 

Jawab si Anak Muda dengan mantap.


"Cuba kau tawarkan ke kedai ikan perhiasan." Perintah tuannya lagi.

"Baiklah Tuan". Jawab si anak muda. 


Kemudian ia terus ke kedai ikan perhiasan di bandar.

"Berapa ia tawar ikan itu?". Tanya tuannya.

"RM250 Tuan". 


Jawab si anak muda dengan gembira, ia fikir tuannya akan menjual ikan itu.


"Sekarang cuba kau tawarkan ke Pak Cik Ghani Rahman, 

Bawa ini sebagai bukti bahawa ikan ini pernah menyertai pertandingan". Perintah tuannya lagi. 

"Baik Tuan". Jawab si anak muda. 


Kemudian ia pergi menemui Pak Cik Ghani yang dikatakan tuannya. 

Setelah selesai, ia pulang terus berjumpa tuannya.


"Berapa ia menawarkan harga ikan itu ?"

"RM 15 Ribu Tuan".


Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan  yang boleh berbeza-beza..


"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar dan betul ketika kamu berada di lingkungan yang tepat". 


"Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita". 


"Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita". 


"Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita".


"Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita".


"Kita adalah orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang irihati akan kita".


Pada akhirnya, setiap orang akan memiliki pandangannya masing masing terhadap kita, 

Maka tak usahlah bersusah payah supaya kelihatan baik dimata orang. 

Tapi berusahalah terus melakukan kebaikan dan menjalankan apapun dengan keihklasan. 


Kredit: Ahmad Zarwan Ahmad

PENAFIAN - ASNIZA.COM

PENAFIAN - ASNIZA.COM

DISCLAIMER 

Adalah dengan ini buat pengetahuan, segala intipati yang terdapat di dalam blog www.asniza.com hanyalah bertujuan berkongsi maklumat dan pendapat sahaja. Ianya hanya sekadar pandangan secara peribadi penulis atau pengalaman semata.

Selain itu, apa jua entri yang digunapakai hendaklah di bawah tanggungjawab individu itu sendiri tanpa melibatkan pemilik blog. Penulis blog tidak akan bertanggungjawab apa jua kerugian, kerosakkan dan sebagainya. 

Dilarang copy paste artikel di dalam blog ini. Jika ingin berbuat demikian, sila kreditkan semula kepada pemilik blog asal. TOLONG HORMATI PRIVASI pemilik blog.

Sekiranya anda ingin berkongsi atau menyebarkan maklumat dari blog ini, silakan berbuat demikian tetapi haruslah dikreditkan/dibacklink juga kepada pemilik blog asal, asniza.com

SEBARANG KOMEN yang berbentuk maki hamun, atau komentar yang tidak diketahui usul akan didelete serta merta. Komentar juga perlu bertanggungjawab di atas komennya sendiri. 

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada :

Email : princessikhazulaika@gmail.com

Asniza Khalid ©