February 2021 - Asniza Khalid Asniza Khalid: February 2021
HELLO GAIS !

HELLO GAIS !

Kembali setelah sekian lama ..


Adakah semuanya secara tiba-tiba?


Eh! Tak jugak! Aku sememangnya dah planning untuk kembali semula dalam dunia blogging. Cuma menunggu masa yang sesuai sahaja.

Dan kini aku rasa, ini adalah waktu yang terbaik.

BLOG penulisan aku terpadam sejak tahun 2015. Blog lama aku berkubur tanpa bernisan. Tapi, ada sebahagian entri yang masih tersimpan. Sempat jugalah aku mengodek entri-entri lama. Rasa macam kelakar pun ada.

Menulis ketika usia muda, lain caranya berbanding dengan penulisan menginjak usia 40 tahun ni.

Ada yang masih mengingati akukah?

Aku sebenarnya, masih lagi berhubung dengan beberapa blogger seangkatan. Masih juga berkawan, bertanya khabar. Dan dengan bantuan mereka jugalah aku bersedia untuk menerjah dunia yang aku tinggalkan hampir 6 tahun.

Standby gais!

Aku terlalu banyak story yang ingin aku kongsikan bersama kalian. Walaupun aku terpaksa bersidai menunggu trafik yang masuk ke blog aku. Maka bermulalah aku dari bawah seperti ketika aku mula-mula start berblogging dulu.

Pedehal!

Nama pun newbie. Kalau dahulu, aku lebih banyak mengisi ruang blog aku dengan bercerita tentang lifestyle, parenting walaupun tak banyak mana, maka untuk yang kali ini, niche blog aku masih masa. 

Kepakaran aku untuk create sesuatu yang baru belum ada lagi. Disebabkan aku sibuk menguruskan hal rumahtangga yang tiada berkesudahan.

Mamaniza.com

Mengamit memori. Ianya menjadi kenangan yang tidak akan pernah terluput dari kotak pemikiran aku. Senantiasa tersemat. Rindu tu ada, cuma asyik delay je memanjang untuk mencipta satu dunia baru walaupun nama tu tak sama lagi dah.

Mungkin aku akan gunakan nama sebenar, atau mungkin juga nama glamour! Haha. Nantilah tunggu aku fikirkan. Dan akhirnya aku dah gunakan pun. Kini berdomain nama sendiri. Bangga seketika!

Apapun, terima kasih kepada semua yang sudi menerima kehadiran aku kembali. Menunggu penulisan-penulisan keras aku, kerana pada aku bila start jari jemari aku berbicara aku sendiri tidak mampu untuk menahannya dari meluahkan sejuta kata.

Akan aku biarkan sampai ianya puas dan lega. Kerana pada aku, dengan menulis mampu membuatkan jiwa akan berasa tenang. Githu!!

Asniza Khalid ©