Asniza Khalid Asniza Khalid
KENALI BORDERLINE PERSONALITY DISORDER

KENALI BORDERLINE PERSONALITY DISORDER

 


BORDERLINE PERSONALITY DISORDER - Dalam erti kata lain, gangguan keperibadian yang tidak stabil secara emosi atau gangguan keperibadian pola sempadan. Biasanya, ia melibatkan reaksi emosi yang kuat, rasa diri menyimpang jauh, atau munculnya rasa "tidak berguna".

Biasanya, mereka yang menderita BPD akan rasa terjejas dan membawa diri mereka melakukan kecederaan diri dan tingkah laku berbahaya pada orang lain. Mereka turut bergelut dengan perasaan yang kosong , perasaan takut ditinggalkan, ataupun dalam bahasa mudah faham mereka takut menghadapi kenyataan.

Ada sesetengah orang, atau masyakarat di luar sana menganggap BPD adalah sesuatu yang normal. Tetapi, jangan sesekali dipandang remeh. BPD tidak menunjukkan tanda. Hanya yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana rasa sakit berdepan melawan dengan emosi sendiri.

Secara statistik, 10% kebanyakkannya mati membunuh diri. Ia umpama penyakit dalam diam.

Jika aku huraikan, mahu panjang lebar aku bercerita. Cukup sekadar memberi kefahaman kepada anda tentang BPD secara ringkas. Ia bukan didiagnose oleh diri sendiri atau rakan sebaya ya, anda perlu mendapatkan rawatan doktor terlebih dahulu. 

Jangan memandai-mandai nak claim diri tu ada masalah mental pulak!

Menurut doktor, atau aku ada melakukan sedikit kajian hasil dari pembacaan apabila diri aku didiagnose atau disahkan BPD oleh doktor psikiatri, dan ianya terdiri dari 4 bahagian :

  • Kondisi mood atau suasana hati yang tidak stabil. Kondisi ini biasanya bertahan selama beberapa jam. Seperti merasa hampa atau kosong, serta kesulitan mengendalikan amarah.

  • Gangguan pola pikir dan persepsi. Seperti tiba-tiba ada pemikiran bahawa dirinya buruk, serta perasaan takut akan diabaikan sehingga melakukan perbuatan yang ekstrim.

  • Perilaku impulsif. Perilaku ini cenderung membahayakan diri sendiri, atau melakukan tindakan ceroboh dan tidak bertanggung jawab. Contohnya melukai diri sendiri, mencoba bunuh diri, melakukan hubungan seks tanpa pengaman, penyalahgunaan alkohol, atau makan berlebihan.
  • Menjalin hubungan yang intens, namun tidak stabil. Kondisi ini ditandai dengan bisa sangat mengidolakan seseorang dan tiba-tiba menganggap orang tersebut bersikap kejam atau tidak peduli.


Ini secara umum, yang selebihnya anda harus mendapatkan konsultasi doktor pakar terlebih dahulu. Semua perkara di atas aku hanya boleh sharing sekadar untuk tatapan umum. 

Akan bersambung .. 

MAHU BEBAS DARI HUTANG YANG MENYAKITKAN?

MAHU BEBAS DARI HUTANG YANG MENYAKITKAN?

Apakah pilihan kita dalam kehidupan? Semua terletak pada diri kita sendiri, kita yang menjadikan ia. Sama ada hendak bermegah - megah tanpa menghitung keperluan, hanya mengikut kehendak dan nafsu atau sememangnya ia benar - benar membutuhkan kepentingan dalam hidup. Hanya kita yang tahu. Jika benar kita mampu dengan tangga gaji kita, why not kita berhutang kan? Hahaha..


Hutang ni, kalau kita betul-betul manage , aku rasa takde masalah besar. Tapi, kalau gagal! bersiap sedialah. Takkan nak berhutang sampai meninggal, nak cakap mati kejam sangat. Kalau diberi pilihan berhutang, aku rela memilih hutang membayar rumah atau kereta berbanding dengan berhutang membeli gadjet. Itu aku lah ..

Lagi pula zaman Covid 19 melanda sekarang. Kerja tak berapa nak stabil. On Off lock down pula. Semuanya perlu ditimbang tara sebelum membina hutang. Kalau boleh yang sedia ada, mahu sahaja aku langsaikan segera supaya malamku lena berteman bantal busuk.

Buat anak-anak muda, bijaklah dalam merancang kewangan. Anak - anak muda tolonglah jangan buat hutang banyak-banyak sampaikan korang sendiri demam nak membayarnya.

Salah satunya, hutang gadjet

Hutang makan diri namanya.

Cara membebaskan diri dengan hutang :

STOP  buat hutang baru.

Selesaikan hutang yang ada, jangan ditambah lagi dengan hutang yang baru. Baru 2 tahun habis bayar, mengah pun tak hilang, jangan gatal tambah lagi 2 tahun nak bayar hutang lain. Sampai Abang Jamil mampos pun tak abis. 

Rajinkan diri buat senarai hutang.

Berangan nak pakai iphone pro pro maxxxx ke cik minah? Sedar diri sikit, hutang perabot kau tu ada bertunggak lagi.. Hahahahaha.. tak payah berangan ok. 

Hutang dengan kadar faedah yang tinggi?

Siapa buat tu, bukan kau ke yang bersetuju dengan syarat pemberi hutang. Lain kali sebelum tandatangan apa - apa , pastikan teliti dulu kadar faedah yang dikenakan. Bila dah bersetuju, tolong selesaikan on time sebab, kalau bertunggak, gugur rambut nak bayar bunga - bunga tu nanti. Tacod arr !

Jaga aliran kewangan.

Maksud aku kat sini, dah tahu diri tu berhutang banyak, keliling pinggang, gaji pun cukup untuk alas perut, tolonglah berhenti makan Kenny Roger, Mcd, atau seangkatan dengannya. Makan je la ikut kemampuan. Nasi lemak seringgit Mak Bedah pun sedap juga. Nak makan tak salah, tapi janganlah selalu. Lupa pula hutang itu perlu dibayar ye cik adik. 

Dapat gaji, cepat bayar hutang. 

Haaaa! Ni penting, dapat gaji je, benda pertama kau kena buat adalah langsaikan semua hutang kau. Baru kau tahu, baki tu tinggal berapa nanti.. adakah mahu lagi menambah hutang? Hahaha..

Jangan membeli tanpa keperluan.

Tengok boleh, beli tak payahlah. Perlu ke? Ingat, kalau tak perlu beli, tak payah beli. Simpan duit tu. Untuk kita gunakan masa kita sesak. Jangan semua nak dibeli sampai poket berlubang kosong, belum hujung bulan pinjam member. Aduh, sedih!

Fikir dulu sebelum bertindak, duit habis, hutang tak berbayar. Pedih!

Tambah pendapatan sampingan.

Cubalah cari side income yang lain buat tambah - tambah orang kata. Dapat sikit pun jadilah. Zaman sekarang bukan masanya untuk menambah hutang, tapi zaman untuk mengekalkan paras kewangan supaya terus kukuh kerana kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi kelak.



Ada orang gaji 4 ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas, sebab terbeban hutang. Tapi ada yang gaji 2 ribu dah ada empat buah rumah. Semuanya sebab perancangan kewangan. Jika anda gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna juga. Mentaliti kena mantap dulu.


Jika tak mampu bayar ansuran bulanan yang tinggi, segeralah ke AKPK. Mereka boleh bantu anda menstrukturkan semula hutang tersebut. Contohnya, mereka akan tolong kurangkan tempoh pembayaran balik ansuran menjadi lebih rendah. Ada la duit untuk makan minum semua.


Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.


Sekarang ni hutang tertunggak buatkan anda tak boleh buat pembiayaan perumahan. Tak guna ada rumah murah tapi hutang berlambak. Sebabnya, anda mampu tengok sahaja rumah-rumah tersebut. CCRIS pun teruk. Kena CTOS lagi. Macam mana nak beli rumah? Lepas tu marahkan orang lain beli rumah banyak-banyak.


Padahal anda yang suka berhutang beli benda tak penting. Masa zaman muda gilakan kereta import mewah, tukar sport rim, tukar tempat duduk. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, dan DSLR.


Selepas ini, muhasabah sekejap diri tu. Kalau anda hidup dibelenggu hutang, mulakan langkah untuk mengatasinya. Jangan duduk diam, tak buat apa-apa. Masih belum terlewat untuk memulakan langkah. Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Selepas itu, bila masa nak simpan duit untuk deposit rumahnya?

ABOUT ME

ABOUT ME


SELAKU PENULIS DAN PEMILIK BLOG : NORHASNIZA BINTI KHALID

Seorang ibu yang lahir pada tahun 1984, mempunyai 3 orang cahayamata perempuan kesemuanya, yang dulu dikenali sebagai mamaniza.com

Minat menulis, dan mula berkecimpung dalam dunia blogging sekitar tahun 2005 dengan hanya sekadar suka-suka. Jika sebelum ini domain blog mamaniza.com hanya berkisar tentang cerita peribadi dan tips kekeluarga serta perjalanan kehidupan, kini ia kembali setelah 6 tahun berehat.

Berdomain baru, atas nama sendiri, asniza.com bakal menulis sesuatu yang lebih matang sesuai dengan perkembangan usia menginjak 40 an. Hidup perlu ada perubahan, dan bukan hanya ditakuk lama.

Penulis bercadang untuk menulis , mengulas tentang isu semasa yang dihadapi global ataupun bercerita tentang sesuatu yang dirasakan sesuai untuk dibaca semua golongan.

Keseluruhan blog adalah dalam Bahasa Melayu. Segala informasi di dalam blog yang dikongsikan oleh penulis sendiri adalah hanya sekadar bertujuan untuk kebaikan bersama. Semoga menjadi manfaat untuk semua pembaca. 

Segala pertanyaan boleh diajukan :

EMAIL : princessikhazulaika@gmail.com
MALAYSIA KESAN KES PERTAMA MUTASI BERGANDA DARI INDIA

MALAYSIA KESAN KES PERTAMA MUTASI BERGANDA DARI INDIA

Kalau dulu, kita bolehlah katakan yang kita berjaya menangani isu Covid 19 ni. Tetapi, sejak SOP mula  dilonggarkan, kaum-kaum kayangan mula bergerak ke sana ke sini merentas negeri, para artis mengambil cincai semua perkara, yang menjadi mangsa adalah kita, selaku rakyat yang patuh dan taat setia, akur bagaikan lembu dicucuk hidung, mendengar arahan sampai nak balik lawat mak ayah sakit, meninggal pun payah!

"Kau pun langgar SOP, nak suruh aku pulak follow pulak..."

Tu yang Jalan TAR pun penuh manusia bersesak-sesak. Aku faham, bila kita dah penat jadi setia ni, mulalah kita nak curang, betul tak?

Pada aku, semua ini berbalik pada diri kita juga, macamana kita nak protect diri sendiri dan juga keluarga. Kalau kau cincai, kena covid, apa akan berlaku pada family kau? Itu yang patut kau tanya balik diri kau sendiri ok.

Aku bukan nak cerita pasal tu. Tapi, aku nak cerita pasal mutasi berganda ni haa! Dengar berita tadi, mengatakan Malaysia ada mengesan kes pertama varian Covid 19 dari India dengan mutasi berganda yang dikenali sebagai B.1.617.1 - ntah apa-apalah nombor code dia!

Kata Menteri Kesihatan, mutasi itu dikenalpasti hasil dari analisis keseluruhan jujukan geno, (WGS) yang dijalankan dari sekian tarikh ke sekian tarikh, 

"aku lupa tarikhnya bila..."

Tapi, kes ini direkod melalui kemasukkan seorang warganegara India yang melakukan ujian saringan di KLIA. 

"Yang menjadi persoalan aku, apa yang dibuat manusia tu ke Malaysia ni...? Sekatlah kemasukkan mereka, dah tahukan sana huru hara dengan kes ni! aish.. tak paham aku!"

Pendapat rakyat marhaen seperti aku yang mengharapkan sinar baru di Aidilfitri 2021 ni :

"Mana-mana manusia dari negara yang ada malapetaka, akibat dari kecuaian pemimpin mereka sendiri tolonglah kita sekat. Ada otak kan? Bukan otak  tu digunakan untuk menyaman orang yang nak meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga.. kita sebagai rakyat Malaysia bersatu padu dalam usaha menyahut seruan pihak Kerajaan dalam membanteras kes covid ni, jangan disebabkan kealpaan, kelalaian, kecuaian sendiri kita bakal dibadai tsunami semula dengan Covid 19 yang bermutasi apa ke bendanya ntah! Cari penyakit namanya!"

Kasihan frontliner kita, wad-wad yang menempatkan pesakit kritikal, di ICU tu penuh! Cubalah sesekali intai perkhabaran dari India. Janganlah leka, benda ni kalau dah serang kita atau keluarga kita, masa tu tahulah langit tu warna biru ke tak. Aku pun risau, anak-anak semua aku cutikan sementara dari sekolah. Tak kisahlah, walaupun mereka kata sekolah adalah tempat yang  selamat untuk belajar namun ku rela anak-anak aku stay at home.

Aku ceritakan kepada mereka betapa bahayanya mereka jika di luar sana. Aku perlihatkan video-video tentang bahayanya covid pada manusia secara am. Aku mahu mereka faham inilah wabak yang melanda dunia ketika ini. 

Erm.. akhir kata, please aku nak balik raya...


JANGAN UMUM PKP IBARAT NAK TERBERAK BARU CARI JAMBAN

JANGAN UMUM PKP IBARAT NAK TERBERAK BARU CARI JAMBAN


PETALING JAYA: Sebarang langkah untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan ketiga (PKP) di Lembah Klang tidak boleh dilakukan pada saat terakhir tanpa prosedur operasi standard (SOP) yang betul, kata wakil DAP Ong Kian Meng.

Sambil mengingatkan kerajaan bahawa 10 juta orang tinggal di Lembah Klang, beliau berkata PKP sangat menyusahkan terutama dari sudut ekonomi, sambil menambah rakyat sudah puas menderita sejak PKP 1.0 dan PKP 2.0. 

Pada pendapat aku selaku warganegara Malaysia, yang turut merasai bahang kehangatan Covid 19 yang kini memuncak, aku tertanya-tanya adakah kita semua akan melalui fasa PKP semula? ADUH! Serik betul rasanya.

Kena pulak time orang nak beraya lagi 2 minggu ni. Merentas negeri dah tentulah tidak dibenarkan. Janganlah pula rentas daerah juga langsung terpalit sama. 

Aku syak, bukan setakat aku je yang merasai kebimbangan. Mungkin juga anda. Cantik dah plan nak balik beraya bagi yang boleh merentas derah atau berada di daerah yang sama, tup-tup! Rentas daerah pun sangkut! Parah! Ke laut semua plan. 

Anak-anak dah dijanjikan nak balik beraya bersama atok, mesti dorang kecewa. Budak.... biasalah. Nama pun raya. 

Aku sebenarnya tak mahu nak mengulas sangat isu perbahasan melibatkan kerajaan. Tetapi, tolong pertimbangkan semula suara-suara rakyat marhaen ini. Angka semakin meningkat, malahan SOP nampak ada kelonggaran.

Macam tak adil pun ada. 

Cuma 1 je, tolong jangan last minit sembang PKP Banyak benda nak kena arrange .. 


JENAZAH 2 BERADIK JATUH TITI GANTUNG SELAMAT DIKEBUMIKAN

JENAZAH 2 BERADIK JATUH TITI GANTUNG SELAMAT DIKEBUMIKAN

LEMAS | Mayat Kakak Sudah Ditemui
 
Mayat kanak-kanak perempuan yang terjatuh dan hanyut di Sungai Rekoh, Muadzam Shah, Rompin kelmarin, ditemui malam tadi.
 
Mayat Dhanis Maulida Putri Masani, tujuh tahun ditemui penduduk kampung jam 8:35 malam kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian 2 hari lalu, dua beradik ini dikatakan tercampak setelah motosikal yang ditunggangi ibunya hilang kawalan. Tetapi, ibunya terselamat kerana tersangkut pada jambatan gantung tersebut.



Dua orang anak hilang dipandangan dengan sekelip mata. Begitu hebat ujian kepada kedua orang tuanya di bulan Ramadhan. Kedua mayat kakak dan adik telah dikebumikan kira-kira petang tadi di dalam satu liang lahad.

Bersemadilah kamu dengan tenang di sana. Semoga kedua orang tuamu kuat jiwanya dan bertabah dengan ujian Maha Hebat dariNya. Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan kembali.

Al Fatihah buat kedua adik beradik ini.

Sumber : FB Arelong Syah, 
                 Buletin TV3





Asniza Khalid ©